Umum sedia maklum kerajaan kini sudah membenarkan makan di dalam restoran melebihi dua orang namun perlu menjaga penjarakan sosial satu meter. Sudah diberi kelonggaran untuk makan di restoran, namun masih ada yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak restoran.

Sejak semalam tularnya satu perkongsian yang dimuat naik oleh orang awam di media sosial mengenai sekumpulan lelaki yang membuat kecoh dengan menghempas meja dan kerusi di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat sekumpulan lelaki berkenaan seakan-akan bergaduh dengan seorang pekerja restoran tersebut. Difahamkan, pergaduhan tersebut tercetus gara-gara sekumpulan lelaki itu tidak berpuas hati kerana gagal memesan makanan di restoran berkenaan.

Memetik halaman Harian Metro, sekumpulan lelaki tersebut dipercayai datang untuk makan di restoran berkenaan pada sekitar 9.30 malam. Sedangkan pada ketika itu restoran berkenaan dalam menyiapkan persediaan untuk menutup operasinya seperti diarahkan oleh kerajaan bahawa kesemua premis perniagaan akan tamat operasi pada jam 10.00 malam.

Gara-gara tidak dapat memesan makanan, sekumpulan lelaki tersebut berang lalu bertindak agresif dengan merosakkan harta benda seperti kerusi dan meja milik pengusaha berkenaan. Sungguh tidak ada sivik dan menambah kekecewaan kerosakan tersebut telah menyebabkan kerugian yang banyak kepada pengusaha restoran berkenaan.

Umum tahu, pengusaha restoran baru sahaja dapat menarik nafas lega selepas kerajaan membenarkan operasi restoran dibuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Baca lagi perkongsian daripada kami menerusi pautan di bawah.

Kecoh Bergaduh Rebut Pelanggan Di Plaza Low Yat, 42 Individu Ditahan Polis

Dua Kumpulan Mat Rempit Bergaduh Besar Cetus Kekecohan Di Dataran Merdeka

Pergaduhan Tercetus Lagi Kerana Kasut adidas NMD Pharrell

Sumber