Seperti yang kita sedia maklum, Apple menggunakan strategi pemasaran baharu dalam penawaran siri iPhone 14 versi biasa dan Pro. Pada kali ini, versi Pro diberikan lebih banyak kelebihan berbanding versi biasa sekaligus memberi kesan kepada penjualan kedua-dua segmen tersebut.

Menerusi laporan Bloomberg, Apple telah memaklumkan kepada pembekal untuk mengurangkan pengeluaran iPhone 14 dan iPhone 14 Plus sehingga enam juta unit oleh kerana tidak menerima sambutan yang diharapkan. Perkara ini terbukti kerana penawaran iPhone 14 Pro mengambil masa lebih lama untuk beberapa pasaran.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Mobile Syrup

Malah, penawaran iPhone 14 Pro juga dilihat menerima sambutan yang baik di seluruh dunia termasuklah di Malaysia yang mana tempahan yang diterima sewaktu pra-tempahan sangat memberangsangkan. Sementara segmen iPhone 14 biasa pula, dilihat agak sendu kerana ramai beranggapan tidak berbaloi.

Buat pertama kalinya, Apple terpaksa menggurangkan jumlah pengeluaran siri sesebuah iPhone kerana kurangnya permintaan daripada pelanggan. Malah, laporan sebelum ini juga memperlihatkan iPhone 14 Pro Max meraih permintaan yang lebih tinggi berbanding model lain.