Sebut mengenai kehidupan atau habitat gajah, pastinya ramai cukup tahu di mana haiwan besar ini sepatutnya berada dalam hutan. Malah, orang ramai sekadar dapat melihatnya dengan lebih mudah di zoo.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah rakaman yang melihatkan dua ekor gajah yang tidak diketahui kehadirannya menceroboh taman perubahan serta turut memasuki laman sebuah rumah.
Baca Juga:
- Tular Jual Rakaman CCTV Pelanggan Di ‘Fitting Room’ Butik Terkemuka, Polis Sedia Jalankan Siasatan
- ‘Ini Perempuan Kalau Dekat Thailand Mesti Sedap’ – Netizen Mahu Shopee Ambil Tindakan Atas Kenyataan Rider Ini
Menerusi perkongsian Kosmo, difahamkan kejadian ini berlaku di Kluang, Johor. Situasi yang menimbulkan panik di kalangan penduduk setempat ini turut mendapat perhatian netizen yang turut risau dengan kejadian yang berlaku. Berikut merupakan respon netizen terhadap kes yang berlaku.
Difahamkan pencerobohan habitat asal gajah antara yang membuatkan gajah-gajah ini tidak mempunyai tempat tinggal sekaligus mulai memasuki kawasan yang tidak sepatutnya.
Ni kat kluang.. Kluang mmg biasa jumpa jumpa gajah.. But this gajah paroh da ni lawat site pulak diye😭😭 https://t.co/QlrS7JxoWZ
— 𝚂𝚄𝙷𝙰⁷🇵🇸 (@MinSuha_97) January 12, 2023
Bukan kucing masuk rumah, Gajah 😱 https://t.co/4fbVNy6G9L
— Faz R'him (@FazRhim) January 12, 2023
https://twitter.com/noraaleena94/status/1613341197287972864
Sementara itu, terdapat netizen yang mengharapkan kerajaan mengambil tindakan agar situasi yang sering kali berlaku di Gua Musang, Kelantan tidak berulang di Kluang, Johor ini.