Sebut mengenai kehidupan atau habitat gajah, pastinya ramai cukup tahu di mana haiwan besar ini sepatutnya berada dalam hutan. Malah, orang ramai sekadar dapat melihatnya dengan lebih mudah di zoo.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah rakaman yang melihatkan dua ekor gajah yang tidak diketahui kehadirannya menceroboh taman perubahan serta turut memasuki laman sebuah rumah.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian Kosmo, difahamkan kejadian ini berlaku di Kluang, Johor. Situasi yang menimbulkan panik di kalangan penduduk setempat ini turut mendapat perhatian netizen yang turut risau dengan kejadian yang berlaku. Berikut merupakan respon netizen terhadap kes yang berlaku.

Difahamkan pencerobohan habitat asal gajah antara yang membuatkan gajah-gajah ini tidak mempunyai tempat tinggal sekaligus mulai memasuki kawasan yang tidak sepatutnya.

https://twitter.com/noraaleena94/status/1613341197287972864

Sementara itu, terdapat netizen yang mengharapkan kerajaan mengambil tindakan agar situasi yang sering kali berlaku di Gua Musang, Kelantan tidak berulang di Kluang, Johor ini.