Menteri Komunikasi dan Digital yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menyemak pelan peningkatan gaji penjawat awam dan elaun pesara bermula tahun 2024 nanti.

Menurutnya, pelan itu selari usaha kerajaan untuk merancakkan ekonomi negara, lapor Berita Harian.

Baca Juga:

“Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil. Saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti.

“Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sudah meluluskan kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Alumni Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), di sini, hari ini.

Fahmi berkata, dua perkara itu penting memandangkan tahun hadapan adalah tempoh penting di mana ekonomi mula rancak dengan pelbagai pelaburan diperoleh pada tahun ini.

Sumber