Semua orang tahu SpongeBob Squarepants ialah tukang masak di Krusty Krab. Dia adalah seorang yang berdedikasi dan setia bekerja untuk Mr. Krabs, berbanding rakan sekerja dan jirannya, Squidward, yang sentiasa malas dan mengantuk.

Sepanjang bekerja di Krusty Krab, SpongeBob telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan – kadang-kadang pelayan, kadang-kadang dia membersihkan kedai. Agak-agaknya, jika SpongeBob berada di dunia nyata, berapakah gaji yang akan diterima olehnya?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan CNBC, SpongeBob telah bekerja di Krusty Krab sejak 1999. Mengenai gaji, ia menjelaskan bahawa SpongeBob menerima gaji yang sangat berbeza. Selain itu, pihak Nickelodeon turut pernah membincangkan berapakah gaji SpongeBob pada 2019.

Mengambil kira gaji minimum di California dari 1999 hingga 2020, difahamkan bahawa SpongeBob telah menerima gaji sekitar US$ 709,956 atau sekitar RM3.3 juta selama 21 tahun beliau bekerja di sana.

Walaupun begitu, Nickelodeon menjelaskan bahawa daripada gaji tersebut, SpongeBob mempunyai perbelanjaan yang perlu dibayar, seperti cukai tahunan dan perbelanjaan lain.

Tambah Nickeldon lagi, gaji yang sebenar SpongeBob dapat ialah US$ 484,624 atau sekitar RM2.2 juta selama 21 tahun dan dalam sebulan, dia menerima sekitar hampir RM8,700 sebagai chef di Krusty Krabs.

Dengan pendapatan bulanan sebanyak RM8,700 sebulan, sudah menjadi lumrah setiap bulan SpongeBob melakukan banyak aktiviti. Dia sering bermain dengan Patrick, berkongsi wang, belajar memandu yang dia selalu gagal dengan Mrs. Puff, dan beli makanan untuk Garry.

Sumber