Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa median upah bulanan bagi pekerja sektor formal warganegara di Malaysia telah meningkat kepada RM3,027 sebulan pada Mac 2026.

Peningkatan ini mencerminkan pasaran buruh negara yang kekal berdaya tahan dan berada di landasan pertumbuhan yang positif, dengan jumlah guna tenaga pekerja formal warganegara mencecah 7.05 juta orang (peningkatan 3.8% berbanding Mac 2025).

Senarai Median Upah Bulanan Mengikut Negeri & Wilayah (Mac 2026)

Median Upah Bulanan mengikut Negeri dan Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan nilai upah tertinggi, manakala Kelantan mencatatkan upah terendah:

Januari 2026

1. W.P. Kuala Lumpur – RM4,364

2. Selangor – RM3,427

3. Pulau Pinang – RM3,182

4. W.P. Putrajaya – RM2,745

5. Johor – RM2,900

6. Melaka – RM2,682

7. Negeri Sembilan – RM2,645

8. Pahang – RM2,345

9. Perak – RM2,427

10. Sarawak – RM2,400

11. Terengganu – RM2,100

12. W.P. Labuan – RM2,400

13. Kedah – RM2,100

14. Sabah – RM2,100

15. Perlis – RM1,882

16. Kelantan – RM1,800

Februari 2026

1. W.P. Kuala Lumpur – RM4,500

2. Selangor – RM3,382

3. Pulau Pinang – RM3,145

4. W.P. Putrajaya – RM2,727

5. Johor – RM2,882

6. Melaka – RM2,700

7. Negeri Sembilan – RM2,600

8. Pahang – RM2,300

9. Perak – RM2,327

10. Sarawak – RM2,345

11. Terengganu – RM2,164

12. W.P. Labuan – RM2,227

13. Kedah – RM2,100

14. Sabah – RM2,100

15. Perlis – RM1,855

16. Kelantan – RM1,800

Mac 2026

1. W.P. Kuala Lumpur – RM4,527

2. Selangor – RM3,445

3. Pulau Pinang – RM3,064

4. W.P. Putrajaya – RM3,000

5. Johor – RM2,800

6. Melaka – RM2,664

7. Negeri Sembilan – RM2,645

8. Pahang – RM2,400

9. Perak – RM2,300

10. Sarawak – RM2,300

11. Terengganu – RM2,227

12. W.P. Labuan – RM2,200

13. Kedah – RM2,100

14. Sabah – RM2,082

15. Perlis – RM1,855

16. Kelantan – RM1,827

Fakta Ringkas & Sorotan Utama Laporan S1 2026

Agihan mengikut Jantina:

1. Lelaki: Merangkumi 55.0% (3.88 juta orang) daripada pekerja formal dengan median upah RM3,064.

2. Perempuan: Merangkumi 45.0% (3.17 juta orang) dengan median upah RM3,000.

Upah mengikut Umur:

1. Pekerja berumur 45 hingga 49 tahun merekodkan median upah bulanan tertinggi iaitu RM4,100 pada Mac 2026.

2. Pekerja di bawah umur 20 tahun mencatatkan upah terendah yang kekal pada RM1,700 sejak Februari 2025.

3. Pertumbuhan upah tahun ke tahun tertinggi dicatatkan oleh kumpulan umur 55 hingga 59 tahun.

Upah mengikut Sektor Ekonomi (Mac 2026):

1. Perlombongan & Pengkuarian: Merekodkan upah tertinggi sebanyak RM9,678 sebulan (0.5% daripada keseluruhan pekerja).

2. Perkhidmatan: RM3,064 sebulan.

3. Pembinaan: RM3,082 sebulan.

4. Pembuatan: RM2,900 sebulan.

5. Pertanian: Merekodkan upah terendah iaitu RM2,327 sebulan (1.8% daripada pekerja).

Jurang Pendapatan & Jurang Persentil:

1. Persentil ke-10 (Terendah): 10 peratus pekerja formal menerima upah RM1,700 dan ke bawah.

2. Persentil ke-90 (Tertinggi): 10 peratus pekerja berpendapatan tertinggi menerima sekurang-kurangnya RM11,500 sebulan.

3. Ini menunjukkan pekerja pada kumpulan atas menerima lebih 6 kali ganda berbanding pekerja pada kumpulan bawah.

4. Sebanyak 7.9% pekerja formal menerima upah di bawah RM1,700 pada Mac 2026 (menunjukkan penurunan sebanyak 2.0 mata peratusan berbanding Mac 2025).

Sumber