Cody Gakpo diberikan amaran oleh FA England mengenai larangan slogan keagamaan selepas mendedahkan baju “Saya milik Jesus” ketika meraikan jaringan pada hujung minggu lalu.
Gakpo mengangkat jersinya untuk mendedahkan mesej itu selepas menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan besar 5-1 pasukan pendahulu liga ke atas Tottenham Hotspur pada hari Ahad.
Gakpo diberikan kad kuning kerana menanggalkan jersinya, tetapi dan Gakpo diberikan amaran keras berhubung slogan pada baju dalam tanpa lengan yang dipakainya.
Gakpo diberikan amaran keras
Cody Gakpo diberikan amaran keras oleh Premier League dan dilarang mengulanginya di masa akan datang.
Telegraph melaporkan bahawa FA kini telah menulis surat kepada Gakpo mengingatkannya bahawa dia tidak boleh mencampur aduk aspek keagamaan dan politik dengan bola sepak.
Ini termasuk larangan meletakkan simbol keagamaan di jersi, kasut dan sebagainya, sesuai dengan Peraturan A4 bagi peraturan kit dan pengiklanan FA.
Sambutan gol Gakpo mengingatkan kembali kepada penyerang Brazil, Kaka, yang mendedahkan slogan sama di bawah jersi AC Milan ketika pasukan Itali itu menewaskan Liverpool dalam final Liga Juara-Juara 2007 di Athens.
Gakpo 🤝 Kaka#LFC pic.twitter.com/dLZgLgUeNa
— BBC Sport (@BBCSport) April 27, 2025
Tindakan Gakpo berlaku hampir lima bulan selepas FA dituduh mencetuskan “kekeliruan pilih kasih [double standard].
Peminat Man United sendiri kecewa sikap Premier League dan FA England dalam hal ini. Mereka pelik Cody Gakpo diberikan amaran hanya kerana mesej yang dianggap tidak memudaratkan.
United Scouts menulis: “Gakpo dihukum kerana memakai baju ‘Saya milik Jesus’ kerana dituduh sebagai berbaur politikal, namun Premier League memaksa pemain memakai lilitan pelangi? Masuk akal ke?”
Gakpo getting fined for wearing an “I belong to Jesus” as it’s “political” but the PL made the players wear LGBQT armbands?
Makes sense. pic.twitter.com/DeLFOdMmVm
— United Scout (@unitedsc0ut) April 29, 2025
Sebelum Cody Gakpo diberikan amaran keras, sebelum ini Mark Guehi sudah mendapat amaran serupa.
Pemain Crystal Palace, Marc Guehi, yang juga seorang Kristian taat.
Dia menulis: “Saya cintakan Jesus” dan “Jesus cintakan anda” pada lilitan pelangi miliknya semasa kerjasama tahunan antara Liga Perdana dan badan kebajikan LGBTQ+, Stonewall.
The FA will contact Crystal Palace and Marc Guehi after he displayed ‘I Love Jesus’ on his Rainbow Laces-themed captains’ armband at the weekend.
Ipswich’s Sam Morsy will not face action, however, after deciding not to wear the armband at all on religious grounds. pic.twitter.com/YpJeJoHZkU
— Sky Sports News (@SkySportsNews) December 3, 2024
Guehi ketika itu menyatakan agamanya melarang dia menyokong kempen pelangi. Pada masa yang sama terpaksa memakai logo pelangi atas dasar tuntutan kerja. Guehi menyelitkan mesej khas di situ.
Dia menegaskan bahawa dia memberikan mesej jelas tentang hak inklusif seperti dicanang EPL. Semua orang berhak berpegang pada kepercayaaan masing masing.
Sam Morsy tak nak pakai pelangi
Kemudian kapten Ipswich Town, Sam Morsy, yang seorang muslim menolak sama sekali memakai sebarang simbol pelangi. Membuatkan dia mendapat kecaman dan amaran daripada FA. Waalaupun tiada surat amaran rasmi dikeluarkan ke atasnya.
Baru baru ini pemain Manchester United, Noussair Mazraoui, yang enggan memakai jaket bertema pelangi, bertindak mengikut kepercayaan agama masing-masing, dan kelabnya terpaksa membatalkan rancangan agar semua pemain memakainya dan menukarnya.
FA dan Premier League hipkorit
Peminat pantas mengkritik FA yang dianggap hipokrit. Memaksa orang lain menyokong pelangi walaupun mereka tidak boleh melakukannya kerana larangan agama.
Pada masa yang sama menentang sebarang simbol keagamaan pada jersi atau pakaian pemain kerana dianggap mencampur adukkan isu agama dengan bola sepak.
Beberapa tahun lalu, peminat juga mengkritik FA England yang secara terang terangan menyatakan sokongan kepada Ukraine ketika konflik negara itu dengan Rusia.
Satu kempen disebut: Football Stands Together, mewajibkan semua pasukan EPL memaparkan mesej itu di skrin gergasi sebelum sepak mula.
Peminat digalakkan untu mengibarkan bendera Ukraine dan kapten pasukan wajib memakai lilitan kapten warna bendera Ukraine.
Pada masa sama Premier League turut menentang sekeras kerasnya kibaran bendera Palestin yang turut ditindas di Gaza, atas alasan, bola sepak tidak boleh dicampur adukkan dengaan politik. Mereka memberikan alasan ‘kemanusiaan’ apabila melibatkan Ukraine.