Neelofa tampil membuat penjelasan tentang gambar terbaru buka purdah yang digunakan untuk promosi adalah bukan gambarnya, tetapi nama dia NeelofAi yang merupakan versi AI dirinya.
Sejak memuat naik gambar itu di Instagram miliknya, Neelofa akui menerima banyak komen dan respon daripada peminat. Ada yang mengkritiknya sebagai cuba memancing emosi orang ramai.
Baca Juga:
- Respon Fazura Kepada Neelofa: “Tak Berkawan Tak Semestinya Memusuhi”
- Neelofa Mahu Tamatkan Sengketa 13 Tahun Dengan Fazura
- Shuib Dedahkan Pengurusan Lama Punca Tunggakan KWSP Staf Bubblebee
Ada juga yang memberikan komen positif. Mereka menyatakan bahawa mereka akhirnya dapat melepaskan rindu mahu melihat wajah Neelofa tanpa purdah.
Tetapi selebriti dan juga usahawan berjaya itu menegaskan bahawa gambar buka purdah itu bukan dia tetapi NeelofAi.
NeelofAi adalah versi AI yang dijana oleh komputer. Neelofa mengakui bahawa NeelofAi adalah mirip kepada wajahnya kerana pasukannya memang menghasilkan AI yang mirip wajahnya.
Bercakap kepada BH Online, dia menyatakan sudah memberikan kebenaran kepada pasukan pemasaran produknya atas kebenarannya.
Neelofa akui ramai pihak yang agak keliru dengan menganggap itu adalah gambar dia buka purdah. Tetapi dia mengingatkan, bahawa dia bukannya membuat dosa dengan mebuka hijab atau mendedah aurat.
“Ingin saya katakan, foto itu bukan saya. Lagipun, saya bukan buat dosa seperti buka hijab atau dedah aurat,” tegas Neelofa lagi.
Selain itu Neelofa juga mengesahkan bahawa apa yang paling penting suaminya PU Riz sendiri sudah maklum akan perkara itu dan memberikan keizinan untuk dia menggunakan NeelofAi dalam kempen promosi jenama tudung terbarunya.
Dalam kapsyennya, pasukan media sosial Neelofa menulis:
“Versi AI diri saya dalam koleksi StampliCity Neelofar. Pasukan dan saya benar benar mahu menjadi juara dalam “Stamping Your Mark”, di dalam dunia di mana kamu meninggalkan impak yang kekal dan signifikan atau legasi yang unik milik kamu sendiri.”
“Cipta perbezaan, capai perkara yang tak terfikirkan, menyumbang kepada komuniti dengan cara kamu sendiri dengan cara yang kamu meninggalkan impression yang selamanya, malah tinggalkannya dengan lebih baik apabila kamu sudah menemuinya.”
“Legasi yang mencerminkan keperibadian kamu, bakat, dan sumbangan kepada dunia. Sesuatu yang meletakkan kamu berbeza dan diingati oleh orang lain. Saya sudah tak sabar untuk menunjukkan kamu semua koleksi.”
Baru baru ini juga Neelofa menghulurkan salam damai buat Fazura dan mahu menamatkan sengketa 13 tahun mereka.
Tetapi Fazura memberikan respon bahawa naratif perang dingin itu adalah tidak betul. Mereka tak pernah bersengketa cuma tidak berkawan sahaja.