Kisah gambar dan pelamin.

A : Bro, gambar kau cantik jer yer ko edit, time aku, muka kan main merah lagi photographer aku edit..
B : Lawanyerrrr pelamin ko abammm, sedap & lembut jer tengok
C : Best la gambo ko, nampak sweet jer ko dengan pasangan
.
OK, ini jawapan abam:

1. Warna Pelamin

Ambillah warna-warna lembut(pastel). Yang ko pergi ambil warna merah, karpet pon merah, semua nak merah, apa yang ko harapkan dari gambo yang dihasilkan? Biru lembut? Cehhh..

2. Lampu Pelamin

Setkan la lampu tu satu warna jer.. Ambil warna-warna soft (purple or blue).. Baru nampak mahal..

Yang pergi ambil lampu warna warni apahal? Ingat funfair ker? Pastu muka pula kena lampu yang dipasang… kejap muka ko jadi hulk, kejap jadi adudu.. ntah pape laa…

Ingat photographer korang suka ker? Ambil warna lembut-lembut, mesti gambar korang ohsem & photographer senang nak buat gambo.

3. Bridal Yang Boleh Bekerjasama

Ini satu hal, kadang-kadang bridal ni sedap tekak dia jer nak letak lampu dengan warna-warna bunga yang dia suka..

Dia tengok kat mata dia memanglah lawa, bila masuk dalam gambar, ada pula korang dalam tuu, terus jadi pelik… Photographer pulak pening-pening kepala nak adjustkan (dah la ko bayau ciput jerr kat photographer)..

Bila suggestkan warna-warna sepatutnya, buat tak tahu jer..

Paling best, bila bridal cakap, “Takperrr, photographer boleh editkan nanti jadi bagi lawo”… Eyhhh, macam tuu, baik bagi jer photographer duit yang dapat tuu..

Kalau korang jumpa bridal or MUA yang cakap macam ni, mohon tinggalkan awal-awal dan berilah mereka cermin …aummm

4. Kerjasama Dengan Photographer

Nak gambar best, muka mesti ada kena senyum maaa… Janganlah depan pelamin, muka macam tahi..

Lepastu complain kenapa muka jadi macam tuuu… Eyhhh, dah tu, nak edit muka satu-satu jadi senyum ker?

Pose la ikut selesa korang, jangan pula ikut perangai korang jerrr.. bila nak suruh pose dan di ajar, “Eyhhh, tak nak la, bla, bla, bla…” bila dapat album, tanya pulak kenapa pose sikit jer, naper tak fun-fun pun hmmmm

Tanya pendapat mereka, sesuai atau tak warna-warna pelamin yang ko impikan… Nanti dah dapat gambar, baru nak menyesal…

5. Pelamin Luar/ Bawah Khemah

Tutup keliling pelamin dengan kain.. Mintak bridal korang tutup bahagian belakang dan kiri kanan pelamin..

Lagi baik, lapis sekali dengan canvas di bahagian-bahagian tersebut.. Sebab apa? sebab cahaya di luar, biasa nya tak menentu dan tak sekata..

Tak faham juga? Tanya photographer korang…

6. Pakej Gambar

Ambillah pakej lengkap dari photographer korang.. Kalau ko ambil “pakej” SHOOT & BURN jer, pastu harap gambarnya sama seperti selepas dia edit, mimpilah koranggg…

Dapat-dapat pula kalau dia hantar budak-budak junior yang turun shoot, lagi kelam la harapan korang.. Auchhhh…

Nak prinsipal or senior yang turun, ambil pakej yang diorang sediakan siap-siap untuk tuu…

Ada banyak lagi tip, buat masa sekarang, ini jer abam larat tulis..

Kalau bermanfaat, share pada rakan-rakan yang nak kahwin nanti..

Photographer super ohsem dari: Project Secret Pictures