Perihal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan sememangnya satu perkara yang mustahak kerana ia memerlukan pelbagai persiapan dalam bentuk wang mahupun mental dan fizikal dalam menempuhi cabaran di kemudian hari.

Bagaimanapun, di Malaysia ada sesetengah keluarga yang masih praktis perkahwinan pada usia muda meskipun dianggap pelanggaran hak kanak-kanak yang menafikan hak kanak-kanak itu dalam semua aspek termasuk peluang pendidikan, masa depan dan membawa kepada risiko kemiskinan di masa kelak.

Seorang pengguna X telah memuat naik satu tangkap layar yang didakwa membabitkan budak bawah umur sudah mendaftar kahwin secara sah.

Sumber Gambar: X

Menerusi gambar tersebut, dapat gambar pasport pasangan terbabit dengan berlatar belakangkan borang pendaftaran perkahwinan mereka.

Difahamkan remaja perempuan itu baru sahaja berumur 15 dan berbangga sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan pada usia muda.

Agak mengejutkan, apabila budak perempuan itu hanya memiliki pendidikan tertinggi di peringkat sekolah rendah.

“Kahwin awal bukan satu kebanggaan, lebih-lebih lagi bila kau umur baru 15 tahun,” ciap akaun @maafcakaplah.

Ciapan tersebut langsung tular dan menjadi bualan hangat di platform X. Rata-rata pengguna meluahkan rasa terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh pasangan muda tersebut yang lebih menfokuskan mendirikan rumah tangga berbanding pembelajaran di usia sebegitu.

Sebahagian netizen turut membincangkan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini bakal memberi impak yang besar di dalam kehidupan pasangan terbabit di kemudian hari lebih-lebih lagi apabila hanya bekerja biasa tanpa kelayakan sijil yang bagus.

Ramai juga risau dengan ketiadaan sistem peperiksaan telah membuatkan pelajar sekolah lebih leka dengan hiburan atau perkara tidak berfaedah dan tidak fokus pembelajaran lagi kerana tiada apa yang perlu dicapai seperti sebelum ini seperti UPSR dan PMR.

“Kesan takda exam dah untuk umur 12 dan 15 tahun, impian nak kahwin mendahului impian nak score exam dan habiskan sekolah. Harap SPM nanti depa ambik la jugak exam tu secara persendirian. syarat minima kerja sekarang paling2 kena ada spm,” tulis seorang netizen.

Betapa lemahnya tahap pendidikan mereka apabila netizen menyedari lelaki iaitu si suami di dalam borang berkenaan  tidak memiliki alamat e-mel. Hal ini sangat meresahkan kerana alamat emel sangat penting dalam pelbagai urusan rasmi apatah lagi negara kita sedang memacu ke arah digitalisasi.

“Aku pernah intern mahkamah dulu, bukan nak bagi takut tapi mostly rata rata kes cerai kat Mahkamah ramai orang yang dari nikah muda,” ujar seorang lagi.

Dalam pada itu, seorang wanita yang pernah intern dalam perihal perundangan mendedahkan banya kes penceraian berlaku di kalangan muda. Sebahagian setuju dengan kenyataan wanita kerana kenalan atau saudara rapat mereka sendiri mengalami nasib sebegitu rupa.

Sumber