Jurugambar perlu menghentikan budaya menggantung baju pada ‘fire sprinkler’ atau penyiram kecemasan yang terdapat di hotel atau banggunan awam. Ia bukan sahaja tidak kreatif, malah membahayakan orang ramai.

Melalui ciapan salah seorang pengguna Twitter, beliau meminta agar budaya ini dihentikan. Bagi beliau, penyiram api di kawasan awam tidak dicipta untuk menggantung baju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain daripada itu, penyiram air yang selalu diletakkan di atas siling itu sebenarnya diperbuat daripada bahan yang rapuh. Menggantung sesuatu di atasnya boleh mengakibatkan penggera kecemasan diaktifkan.

Difahamkan bahawa beberapa negara luar mempunyai undang-undang yang ketat bagi penyalahgunaan penyiram kecemasan.

Selain daripada itu, seorang pengguna Twitter turut menceritakan bagaimana bilik hotel beliau banjir akibat kecuaian jurugambar perkahwinan yang menggantung baju kahwin pada penyiram kecemasan tersebut.

Menurut ciapan beliau, jurugambar tersebut tidak mengaku kepada pihak hotel bahawa mereka telah bertanggungjawab di atas kejadian tersebut kerana takut dikenakan harga ganti rugi yang tinggi.

Pengguna Twitter terbabit turut menggesa orang ramai terutamanya jurugambar dan bakal pengantin untuk menghentikan budaya ini kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada orang lain.