Setelah tular khabar angin tentang kematian Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada tempoh hari lalu, ia telah memaksa pihak kerajaannya untuk berkongsi status sebenar pemimpin negara tersebut.

Oleh itu, pada hari semalam tular sebuah video yang menunjukkan beliau sedang menikmati kopi di sebuah kafe di pinggir Baitulmaqdis.

Walaupun disertakan video dan gambar, ramai mengesyaki wujudnya penggunaan teknologi AI dalam memalsukan senario seolah-olah PM Israel itu benar-benar hidup dan tinggal di sana lagi.

Bermula dari video terbaharu, orang ramai meragui akan keaslian rakamannya kerana kelihatan visual cawan yang dipenuhi air namun tidak tertumpah bila diangkat dengan laju selain itu babak air yang diminum namun kuantiti air tetap sama serta tiada kerut pada wajah sewaktu menghirup kopi.

Di dalam video yang sama, sosok individu di belakang Netanyahu tidak kelihatan pada skrin kamera DSLR yang dipegang oleh jurugambar di lokasi.

Perkara yang menjadi perdebatan kualiti video yang agak kabur sementara gambar yang dikongsikan oleh pemilik kedai tersebut tampil lebih jelas.

Kelainan kualiti di antara kedua-dua media ini menimbulkan persoalan akan ketulenan video terutamanya kerana kualitinya lebih terdorong ke arah penggunaan AI.

Gambar PM Israel Didakwa Guna AI, Lelaki Malaysia Pula 'Troll' Sampai Satu Dunia Tercengang
Sumber Gambar: Threads

Selain itu, timbul teori lain yang mempersoal ketulenan video dan gambar adalah pakaian yang dikenakan adalah sama seperti sewaktu lawatan pada tahun 2024.

Jadi, adakah PM Israel benar-benar memakai pakaian yang sama atau ia digunakan sebagai rujukan untuk prompt gambar dan video terbaharu ini?

Di tengah-tengah perdebatan hangat ini, seorang lelaki tempatan turut berjaya mencuri perhatian dunia apabila dia berkongsi gambar yang serupa seperti yang ditampilkan oleh kedai kopi itu.

Gambar PM Israel Didakwa Guna AI, Lelaki Malaysia Pula 'Troll' Sampai Satu Dunia Tercengang
Sumber Gambar: Threads

Dengan berbekalkan engin AI Gemini, dia berjaya menghasilkan gambar yang mirip seperti PM Israel dan seolah-olah dia turut hadir sewaktu lawatan ke kedai kopi yang sama.

Hantaran lelaki itu telah membuatkan warganet global turut geli hati kerana percaya semua ini boleh dibuat dengan mudah menerusi prompt sahaja.

Gambar PM Israel Didakwa Guna AI, Lelaki Malaysia Pula 'Troll' Sampai Satu Dunia Tercengang
Sumber Gambar: Threads

Selorohnya lagi, lelaki tempatan itu turut memuat naik gambar terbaharu yang dia menghabiskan kopi di cawan dan tidak seperti di dalam video yang tampak air kopi masih di paras penuh  walaupun selepas diminum.

Bahkan, ada yang memuji akan kualiti gambar lelaki tempatan ini tampak lebih realistik dan natural berbanding gambar dan video rasmi berkenaan.

Jika disoal tentang ketulenan video tersebut kepada engin AI yang lain, sistemnya turut memberikan maklum balas yang sama di mana ia memang dihasilkan dengan engin AI yang maju.

Setakat artikel ini ditulis, tiada pengesahan rasmi daripada agensi berita antarabangsa mengenai dakwaan penggunaan AI dalam video tersebut. Segala teori yang dibincangkan adalah berdasarkan pemerhatian dan perdebatan netizen di media sosial.