Aktiviti wajib bagi sebahagian besar rakyat Malaysia menjelang malam ialah menonton drama Melayu di televisyen. Jika tidak berkesempatan untuk menonton drama di televisyen disebabkan kesesakan lalu lintas atau masih dalam berada di dalam pengangkutan awam, ada yang sanggup live streaming menerusi telefon bimbit.

Begitulah tahap obsesnya rakyat Malaysia terhadap drama Melayu yang selalu ditayangkan dari pukul 7 petang hingga 8 malam. Geram, sedih, lucu, gembira, semua perasaan bercampur-baur ketika menonton drama sebegini. Namun, tiada apa yang boleh dilakukan kerana bukan penonton yang menentukan plot seterusnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Geram bukan? Kini peminat drama Melayu boleh menentukan sendiri watak, plot seterusnya malah nilai harta kepada pelakon yang dipilih. Apa kata anda ajak rakan anda yang juga mrupakan peminat tegar drama Melayu untuk bermain game card ‘Drama Pukul 7’.

Permainan ini dihasilkan oleh Haireey Hasnan dan Zamri Mustapha yang gemar bermain game card. Namun, sepanjang pengalaman mereka bermain game card, terdapat beberapa perkara yang kurang sesuai dengan minat mereka. Dari situ, tercetuslah idea untuk menghasilkan game card sendiri.

Tema drama Melayu pula diambil daripada hasil usikan Haireey terhadap ibunya yang gemar menonton drama Melayu disamping meme yang sering beredar di media sosial mengenai logik drama Melayu. Jadi, apa itu game card ‘Drama Pukul 7’?

Pertama sekali, permainan ini boleh disertai oleh 3 hingga 6 orang pemain dan disertakan dengan sekeping kad ‘Air Muka’. Pemain boleh memilih atau mengambil watak secara random kad watak yang terdiri daripada hero dan heroin.

Matlamat utama permainan ini adalah untuk mengalahkan pemain-pemain lain dengan menjatuhkan ‘Air Muka’ dari nilai 7 hingga sifar.

Ciri yang menarik dalam permainan ini ialah senang untuk difahami walaupun hampir keseluruhan game ini menggunakan Bahasa Melayu, masih terdapat beberapa keyword menggunakan Bahasa Inggeris untuk memberi familiarity kepada pemain yang biasa bermain card game.

Untuk memberi kesan lebih drama Melayu, permainan ini menggunakan nilai wang juta sama seperti dialog typical drama Melayu. Selain itu dengan adanya kad plotwist yang membenarkan pemain untuk mengacau pemain lain sama seperti watak jahat di dalam drama Melayu.

Jika anda kurang faham, jangan risau, berikut kami sertakan video gameplay untuk membantu anda lebih mudah memahami cara permainan.

Permainan ‘Drama Pukul 7’ ini boleh didapati dengan menyertai sumbangan di mystartr sebanyak RM75 dah ke atas. Crowdfunding ini diperlukan kerana permainan ini dibina sepenuhnya secara persendirian tanpa bantuan syarikat besar ataupun pengeluar pihak ketiga.

Crowdfunding ini dijalankan selama sebulan bermula 31 Julai hingga 31 Ogos ini, selepas proses ini pihak pengeluar akan menjualnya set permainan ini secara online dan juga retail. Apa tunggu lagi, ajak rakan-rakan anda untuk membantu menyokong pengeluaran produk tempatan ini di sini.