Menurut laporan Famitsu Game Hakusho 2025 — sebuah penerbitan tahunan oleh Kadokawa ASCII Research Laboratories yang menghimpunkan data mengenai industri permainan video di Jepun dan global — jumlah pemain aktif permainan PC di Jepun hari ini adalah lebih rendah berbanding sepuluh tahun lalu, walaupun terdapat peningkatan sedikit baru-baru ini.
Pasaran permainan di Jepun mencatat pertumbuhan 3.4% antara tahun 2023 dan 2024, dengan anggaran nilai mencapai ¥2,396 bilion (lebih RM67.4 juta).
Jumlah pemain domestik—termasuk pemain konsol, PC dan mudah alih berumur antara 5 hingga 59 tahun—dianggarkan seramai 54.7 juta orang, sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya yang mencatat 55.5 juta orang.
Pengguna mudah alih adalah 42.77 juta orang. Sementara pengguna konsol adalah 29.51 juta orang. Dan pengguna PC sekitar 14.52 juta orang.
Angka tersebut adalah melibatkan konsol dan jenis gadget. Setiap pemain ada bermain dalam beberapa jenis konsol.
Meskipun bilangan pemain PC meningkat sedikit pada tahun 2024 (daripada 14.45 juta ke 14.52 juta), ia masih jauh lebih rendah berbanding 2015.
Pada 2015, jumlah pemain konsol dan mudah alih meningkat (konzol: daripada 26.12 juta ke 29.51 juta; mudah alih: daripada 14.11 juta ke 42.77 juta), manakala pemain PC menyusut sebanyak 3 juta (daripada 17.49 juta ke 14.52 juta).
Japan’s PC gaming population has decreased by 3 million in the past decade, studies suggesthttps://t.co/1Dw6PcTyJw pic.twitter.com/c3AfBiAls5
— AUTOMATON WEST (@AUTOMATON_ENG) August 13, 2025
Dalam dekad ini juga, tiada tahun selepas 2015 mencatat jumlah pemain PC melebihi 17.49 juta. Untuk rekod, angka tahun 2014 lebih tinggi, iaitu 20.37 juta.
Punca kepada penurunan jangka panjang ini tidak jelas. Walaupun kebangkitan platform seperti Steam telah meningkatkan publisiti permainan PC di Jepun, faktor lain—seperti dominasi permainan mudah alih—mungkin mempengaruhi pilihan pemain.
Harga perkakasan komputer juga mungkin memainkan peranan, walaupun tempoh kenaikan harga ini tidak selari dengan seluruh dekad penurunan.
Menurut laporan The Nikkei, pada Jun 2025, harga PC desktop siap meningkat sebanyak 40% dalam tempoh enam tahun lalu, manakala sesetengah komponen PC meningkat tiga kali ganda harga asalnya dalam tempoh sama.
Tambahan lagi, menurut Yomiuri Shimbun, Persatuan Elektronik dan Teknologi Maklumat Jepun (JEITA) menyatakan pada Januari 2024 bahawa jumlah penghantaran PC domestik pada 2023 adalah sebanyak 6.667 juta unit—penurunan 2.9% berbanding tahun sebelumnya.
Ini adalah penurunan ketiga berturut-turut dan jumlah terendah sejak rekod JEITA bermula pada 2007.
Walaubagaimanapun, tahun 2024 menyaksikan lonjakan dalam jualan PC (8.3 juta unit), yang dianggap oleh JEITA sebagai hasil pertukaran PC oleh agensi kerajaan dan syarikat menjelang tamat sokongan Windows 10.
JEITA juga meramalkan komponen yang semakin canggih akan menyekat potensi penurunan harga PC, menjadikannya kurang mampu milik bagi pemain Jepun berbanding konsol generasi baharu.