Beberapa minggu lalu tular kisah mengenai gangguan mistik yang berlaku di tapak bekas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang berhampiran Sungai Marang.

Pelbagai kisah-kisah mistik dikongsikan orang ramai menerusi platform media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan pelbagai kejadian mistik dikatakan berlaku di tapak IPD tersebut kerana dikatakan ‘berpenunggu’ sehingga menyebabkan perjalanan projek jambatan baru Sungai Marang sepanjang 2.5 kilometer yang dijangka siap pada Jun 2025 itu terganggu apabila kerja-kerja pembersihan di kawasan balai tidak dapat dilakukan.

@mek_thai6

#balaipolismarang

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Memetik laporan terkini Harian Metro, kerja-kerja pembinaan sudah boleh diteruskan semula dengan lancar selepas seorang ustaz memulihkan kawasan tersebut daripada entiti.

“Kawasan semak sudah dibersihkan termasuk memindahkan beberapa kubur lama, cuma bangunan saja belum dapat dirobohkan, bukan kerana gangguan mistik tetapi beberapa sebab lain kerana ia masih hak milik kerajaan.

“Justeru itu, saya berharap orang ramai tidak lagi mengaitkan kawasan balai ini dengan cerita-cerita misteri kerana kawasan ini sudah aman dan kerja-kerja pembinaan pun sudah berjalan seperti biasa,” kata salah seorang pekerja tapak pembinaan yang enggan dikenali.

Menurut laporan itu lagi, kawasan tapak balai itu suatu ketika dulu adalah tanah perkuburan lama dan terdapat seorang bomoh pemuja jin yang tinggal bersebelahan balai berkenaan.

Sumber Gambar: Harian Metro

Abu Bakar Abd Ghani, 66, pesara tentera berkata, pihak polis tahu aktiviti bomoh berkenaan tetapi tidak boleh menangkapnya kerana kawasan itu sudah ‘dikawal’ dengan aktiviti pemujaan.

Bomoh terbabit dikatakan menanam tengkorak manusia yang dibalut dengan kain kuning di kawasan pintu masuk balai bertujuan untuk mengawal seluruh kawasan berkenaan.

Tambah beliau lagi, lelaki itu pernah bekerja sebagai nelayan dengan arwah bapanya sebelum persahabatan mereka terputus kerana arwah bapa tidak bersetuju dengan amalan lelaki berkenaan.

“Dia (bomoh) berasal dari Siam (Thailand) dan mempelajari ilmu berkenaan daripada bapa angkat di Siam sebelum masuk ke sini (Terengganu) dan memeluk Islam.

“Ketika masuk dulu (Terengganu) dia tinggal di Besut kemudian pindah ke Batu Rakit selepas penduduk kampung menghalaunya selepas kerja bomoh yang dilakukan terbongkar sebelum menetap di sini (Marang).

“Arwah bapa pernah memberitahu saya terdapat tengkorak manusia yang dibalut dengan kain kuning dan rangka lengan budak yang diletakkan dalam buluh dalam rumahnya,” katanya.

Terdahulu, sudah lebih sebulan kawasan balai polis tersebut ‘dibersihkan’ ekoran kerja-kerja pembinaan tergendala selepas berlaku beberapa masalah terjadi seperti jentera gagal berfungsi secara tiba-tiba, atap-atap yang sudah diturun kembali tersusun semula pada keesokan harinya.

Sumber