Walaupun pada ketika ini umat Islam sedang menghadapi bulan Ramadhan, masih ada segelintir individu yang sanggup melakukan perbuatan keji demi kepuasan nafsu.
Kini tular satu video di Twitter yang memperlihatkan gelagat seorang individu yang menukar kod QR tabung masjid dengan kod QR akaun sendiri. Beliau didapati berlegar di kawasan masjid itu lalu menampal satu kertas kod QR pada tabung masjid yang disediakan.
Baca Juga:
- Bahana Taktik Licik Pertukaran Kad ATM, Seorang Warga Emas Alami Kerugian Berjumlah RM46,000
- Gunakan Kematian Abam Untuk Promosi Hibah Takaful, Netizen Kecam Taktik Licik Ejen Insurans
Boleh tahan kreatif jugak ya pencuri sekarang. Dia tukar QR Code masjid dengan QR Code dia sendiri 😅 Orang nak derma kat masjid terus masuk akaun dia. Lain macam punya bijak pic.twitter.com/aYWy0N20LW
— ALAN (@IniAlalalannn) April 11, 2023
Difahamkan kejadian ini berlaku di Indonesia dan didapati sudah dua masjid menjadi sasaran oleh suspek. Insiden ini dapat dikesan selepas salah satu masjid terbabit mempunyai CCTV lalu berjaya merakam perbuatan lelaki ini.
Ekoran insiden itu, para pengguna Twitter meluahkan rasa marah terhadap tindakan keji itu memandangkan ramai orang mungkin sudah menjadi mangsa suspek itu. Bagaimanapun, tindakan licik menukar kod QR ini juga dilihat sebagai suatu di luar kotak yang mana tidak pernah terfikir oleh kita.
https://t.co/QIqL8mIgfo pic.twitter.com/KiHPUG30vu
— sykes (@ainyakira) April 11, 2023
Senang2 je buat duit ye bang https://t.co/ptVNlkm73V
— im noBODY 🇲🇾 (@apieztubiez) April 11, 2023
amboi senang buat duit https://t.co/iReMdVlnj2
— Jupiter 🇵🇸 (@Hafizulfawwaz) April 11, 2023
Sebagai peringatan, anda perlu menyemak nama dan nombor akaun apabila mahu bersedekah menerus kod QR tidak kiralah di masjid atau mana-mana lokasi di luar sana. Hal ini kerana penjenayah bakal melakukan apa sahaja untuk mencapai perkara yang diinginkan