Tidak boleh disangkal lagi, pengaruh BTS memang kuat dan kumpulan idol K-pop itu tutut dikenali di seluruh dunia. BTS mula dikenali selepas memulakan penampilan sulung mereka pada tahun 2013.
Terbaharu, tular klip video ahli BTS menikmati makanan Mexico daripada restoran Chipotle. Menjadi perhatian ramai apabila ahli BTS iaitu Jungkook tersalah sebut nama restoran tersebut sebagai ‘Chicotle’.
Klip tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat Jungkook salah menyebut nama makanan serta restoran tersebut. Lebih mengejutkan, para netizen turut mengatakan restoran itu telah menukar namanya kepada ‘Chicotle’ di Twitter.
Bukan itu sahaja, restoran terbabit juga menyunting gambar papan tanda restoran dan menggantikan perkataan Chipotle kepada Chicotle. Malah, para peminat dapat menerima sebutan salah oleh Jungkook.
A very surprising change, did this happen because of the Chicotle that Jungkook BTS called wrong😆😭#Chicotle #Chipolte pic.twitter.com/Kaaut3renw
— Vioni (@Vioni_VA) January 25, 2022
jungkook hearing chipotle as "chicotle" pls the way he says it, so cute :( pic.twitter.com/jT4FlGE0A3
— jungkook vids 🎥 (slow) (@jjklve) January 23, 2022
They changed their dn to Chicotle 😂😂😂 Jungkook impact 🔥 pic.twitter.com/T7NcVC8OOZ
— ⁷ ♡ ᴳ ᴼ ᴸ ᴰ ᴱ ᴺ (@peupeu134340) January 23, 2022
Untuk pengetahuan anda, video itu dirakam semasa lawatan terbaharu kumpulan itu ke Los Angeles ketika mereka mengadakan konsert bersemuka pertama mereka pada Disember 2021 sejak wabak COVID-19 bermula.
Tahukah anda bahawa pengaruh BTS ini telah menyebabkan kru penerbangan tidak menang tangan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Gara-Gara BTS, 80 Penumpang Pesawat Pesan Ramen Buat Kru Penerbangan Tidak Menang Tangan
Sudah Mula Dijual, ‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Kerana BTS Meal