TikTok sudah menjadi salah satu platform dagangan yang popular di kalangan gen Z. Ditambah pula dengan tawaran diskaun sepanjang masa, kini membuatkan lebih ramai berbelanja untuk apa sahaja barangan yang dimahukan.

Bagaimanapun, apabila didatangkan dengan harga murah, maka anda boleh menjangkakan kualiti barangan yang rendah. Sebagai contoh, seorang wanita dari TikTok mendedahkan dia mengalami keradangan mata selepas membeli contact lens dari TikTok Shop.

Menerusi video yang sedang tular itu, wanita terbabit menunjukkan keadaan matanya yang membengkak dan kemerahan teruk. Jelasnya lagi, situasi bertambah kritikal apabila mengalami kepedihan melampau pada matanya.

Gara-Gara Beli ‘Contact Lens’ Dari TikTok, Wanita Alami Sakit Mata Yang Teruk
Sumber Gambar: TikTok @azulacinta

Keadaan mata yang semakin melarat telah memaksa wanita berkenaan pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Melalu hantaran lain, dia menjelaskan keadaannya dah semakin baik, biarpun masih ada rasa ‘menyengat’ di matanya.

Doktor menyimpulkan bahawa matanya memang terkena jangkitan daripada kanta lengkap yang dibeli di TikTok.

Wanita ini menegaskan bahawa dia sudah 11 tahun menggunakan kanta lengkap, maka dia dah mencuba berbagai jenis kanta lengkap di mana-mana cawangan yang ada menjualnya dan ini adalah pengalamannya pertama kali merasai kesan buruk sebegini.

Walaupun, dia pernah melakukan satu tabiat buruk di mana tertidur sambil memakai kanta lengkap pada suatu ketika dahulu, namun belum pernah di merasai kesan seteruk ini kerana dia memakai kanta lengkap tersebut kurang dari 8 jam.

Bagaimanapun, niatnya bukanlah ingin menutup periuk nasi penjual kanta di platform itu, namun dia menasihati orang ramai agar sentiasa waspada dalam membeli barang seperti kanta lengkap ini.

@azulacinta

Replying to @Ava_Peony thankyou everyone for all the well wishes 🥲 i went to the doctor and he did say it is an infection caused by the lenses i purchased on tiktok & he gave me antibiotics 😊 moving forward, i will only be buying lenses from a licensed optometrist shop to prevent this to ever happen again and i hope you guys would take my advice as well ❤️

♬ original sound – Azula ✿ – Azula ✿

Anda dinasihati untuk mendapatkan dari penjual yang sah dan miliki pengesahan daripada pihak berkuasa. Tiada guna kerana hanya mahu murah, anda membahayakan diri sendiri yang tiada gantinya.

Dalam pada itu, wanita ini turut bersyukur kerana ia tidak menjejaskan penglihatannya biarpun matanya begitu sakit pada ketika itu

Sumber