Memang benar chicken chop sering menjadi pilihan warga tempatan apabila mengunjungi ke restoran bertema Barat. Bagaimanapun, masih ramai belum mengetahui asal usul makanan tersebut walaupun telah dimakan sejak sekian lama.
Seorang TikToker Inggeris bagaimanapun mendedahkan bahawa chicken chop bukanlah hidangan yang berasal daripada Barat.
Baca Juga:
- Disyorkan Oleh Orang Ramai, Ini 5 Tempat Makan Viral Yang Patut Anda Cuba Di Ipoh
- Dikenali Sebagai Syurga Kafe Hipster, Ini 5 Tempat Makan Pilihan Warga Tempatan Di Johor Bahru
Menerusi satu videonya, dia mula menyedari bahawa ramai rakyat Malaysia yang masih belum mengetahui asal usul sebenar hidangan bernama chicken chop itu.
“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, saya menyedari bahawa tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa chicken chop bukanlah hidangan Barat,” ujarnya.
“Ia dicipta di Malaysia. Saya tidak menyalahkan rakyat Malaysia kerana menganggap ia adalah hidangan Barat.
“Ia kelihatan seperti hidangan Barat, ia biasanya bukan jenis makanan yang anda akan dapati di bahagian dunia ini, dan sudah tentu, ia adalah pada menu Barat jika anda pergi ke restoran(di Malaysia),” terangnya lagi.
Beliau berkongsi lagi sejarah terciptanya menu chicken chop adalah disebabkan oleh warga Cina yang migrasi ke Malaysia dan kemudiannya mahu membuat satu makanan yang sesuai dengan citarasa majikan British pada ketika itu.
“Pada abad ke-19, apabila orang Cina berhijrah ke Malaysia terutamanya dari kalangan Hainan, ramai daripada mereka akhirnya bekerja di rumah British, dan mereka mula menyesuaikan masakan mereka dengan palet(citarasa) Barat,” tambahnya lagi.
“Mereka merupakan orang pertama yang mula mencipta hidangan Barat untuk orang British yang tinggal di Malaysia, dan salah satu daripada hidangan yang mereka cipta adalah chicken chop,” katanya.
Selain itu, dia turut mengatakan hidangan chicken chop di sini juga tidak dilengkapi dengan sos yang biasa digunakan di negara Barat. Perkara ini menguatkan lagi bahawa ia memang ciptaan oleh negara ini.
@greggetseverywhere Replying to @mulkan I’ve realised a lot of people don’t know that chicken chop is Malaysian! #food #foodtok #malaysianfood #malaysia
Hantaran video tersebut sememangnya meraih perhatian pengguna di pelbagai platform media sosial. Malah, ramai netizen yang merasa tertipu dengan makanan chicken chop yang selama ini disangka berasal dari Barat walhal tercipta di sini sahaja.
Dalam pada itu, ada yang berkongsi pengalaman lucu di mana mereka tidak dapat mencari makanan tersebut sewaktu mengunjungi ke negara Barat.