Tidak menggunakan lampu signal merupakan salah satu faktor yang boleh mengundang berlaku kemalangan jalan raya. Bagaimanapun lain pula terjadi kepada seorang pemandu wanita ini selepas dia memberikan signal untuk masuk simpang pada petang semalam.
Beberapa ratus meter sebelum pemandu itu mahu masuk simpang, dia telah pun membuka lampu signal sebagai tanda peringatan kepada motosikal yang berada di belakangnya. Namun apabila kereta diperlahankan menghampiri simpang, motosikal itu terus merempuh pada bahagian kiri kereta.
Kejadian itu membuatkan warganet bercampur-baur memberikan reaksi selepas menonton video tersebut. Mana tidaknya, sudah diberi lampu signal mahu menukar lorong pun kena marah.
Majoriti berasa geram melihat remaja yang menunggang motosikal itu yang tidak memakai topi keledar dan ‘tunjuk garang’ seolah-olah pemandu itu bersalah dalam kemalangan itu.
Dalam pada itu, ada sebahagian netizen berpendapat kemungkinan penunggang dan pembonceng sedang leka bersembang sehingga menyebabkan mereka melanggar bahagian belakang kereta itu.
Orang ramai juga mendoakan agar kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara itu dengan baik dan tiada kecederaan serius berlaku kerana kesan pelanggaran itu menghasilkan bunyi agak kuat.
Pada akhir video, selepas pemandu wanita itu berkali-kali menyatakan dia sudah memberikan signal untuk masuk simpang, kedua-dua remaja itu mengucapkan permohonan maaf kepadanya.
Baca lagi beberapa artikel terbaharu pada minggu ini melalui pautan-pautan di bawah.
Pandu Lamborghini Dan Tidak Berkira, Siapa Sebenarnya ‘Sultan Pemurah’ Di TikTok?
Lesen Hiburan Berharga RM77,000 Tidak Masuk Akal, Tindakan DBKL Tutup Angkasa Dikecam
Selamba Bawa Cermin Sisi Motosikal Ke Sekolah, Gelagat ‘Rare’ Murid Ini Buat Netizen Terhibur