Anak-anak merupakan anugerah terindah dalam hidup pasangan yang berkahwin. Setiap ibu bapa pasti sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak mereka.

Kes penculikan di Malaysia terutama sekali dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sering terjadi di Malaysia. Terbaharu, pasangan suami isteri dari Indonesia telah ditangkap di Indonesia kerana menculik anak majikannya di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pihak polis, ibu bapa kandung mangsa penculikan itu membuat laporan kepada pihak Polis Di Raja Malaysia(PDRM) pada bulan Disember 2019 dan pihak PDRM telah memaklumkan Kedutaan Besar Republik Indonesia untuk tindakan lanjut.

Perkara tersebut telah berada dalam perhatian pihak polis Indonesia dan kini penculik tersebut telah berjaya ditangkap. Saat ini, mangsa tersebut telah diletakkan di Balai Perlindungan Anak sementara menantikan ibu bapa mangsa tiba membawanya kembali ke Malaysia.

Difahamkan, pasangan penculik tersebut tidak mengaku menculik anak majikan mereka dan mengatakan bahawa mereka membawa anak majikan mereka pulang ke Indonesia untuk mendapat ‘berkat’ agar dikurniakan anak.

Pasangan tersebut belum memiliki zuriat walaupun sudah 7 tahun mengikat tali perkahwinan dan menjadikan ia sebagai alasan mengambil anak majikan mereka. Malah, pasangan tersebut turut bertindak menyekat nombor telefon majikan mereka.

Pastinya perkara yang berlaku ini sedikit sebanyak akan membuatkan ramai orang berasa curiga dan tidak percaya untuk menggunakan perkhidmatan pembantu rumah. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?

Apa kata baca artikel berkaitan penculikan di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Diculik Dan Dipukul Separuh Mati Oleh Temannya Sendiri Gara-Gara Bitcoin

Keputusan Eksperimen Sosial Tentang Penculikan Ini Hanya Menggelisahkan Hati Ibu Bapa

Tunku Abdul Rahman Adalah ‘Dalang’ Di Sebalik Konspirasi Penculikan Sultan Abdul Hamid