Sebelum ini sudah tular dengan jenama Zus yang disalah erti sebagai Dewa Zeus. Kini jenama restoran pizza tempatan pula menjadi perhatian ramai apabila disangka berkait dengan negara US yang mendokong negara Israel.
Terbaharu, US Pizza telah menjelaskan bahawa ‘US’ tidak merujuk kepada United States, sebaliknya bermaksud ‘kita’ dalam bahasa Melayu. Penjelasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap jenama mereka lebih-lebih lagi sewaktu krisis Palestin-Israel.
Baca Juga:
- Kreatif Dan Memartabatkan Malaysia, Video Iklan Terbaharu ZUS Coffee Buat Netizen Kagum
- ZUS Coffee Kembangkan Perniagaan Ke Luar Negara, Bakal Buka 6 Cawangan Di Filipina
Malah, US Pizza kini telah memuat naik satu hantaran di laman media sosial yang mana mereka sedia mengubah nama kepada Kita Pizza jika menerima 10,000 likes menerusinya.
Melalui ruangan komen tersebut, ramai yang bersetuju dengan tindakan syarikat itu yang mahu mengubah nama agar lebih dekat dengan lokal dan tidak akan disalah erti lagi.
Sedikit carian kami berkenaan jenama ini, pengasas syarikat ini mendapat ilham nama tersebut kerana mempelajari pembuatan pizza di US. Kedai outlet pertama mereka sudah dibuka sejak 1997 di Pulau Pinang dan mendapat sijil halal selepas 10 tahun kemudian.
Bukan itu sahaja, mereka juga sudah memiliki 80 buah outlet francais di Malaysia dan bakal mengembangkan perniagaan mereka ke negara Singapura dan Indonesia tidak lama lagi.
Ada sebahagian pelanggan yang sudah mengunjungi kedai pizza tempatan ini juga berkongsi bahawa mereka terkejut melihat pelbagai menu yang ditawarkan sangat menepati citarasa lokal.