Platform ChatGPT kian meningkat populariti di kalangan pengguna internet dunia. Malah, ramai orang lebih selesa menggunakan platform itu untuk membuat carian maklumat berbanding enjin carian Google.
Fenomena ini sememangnya membimbangkan pihak Google. Perkara ini diakui sendiri oleh Paul Buchheit iaitu pencipta Gmail yang mana berpendapat bahawa perniagaan Google berpotensi untuk lingkup.
Baca Juga:
- Bimbang Bantu Pelajar Menipu Dalam Tugasan, Pelajar Di Australia Dihalang Akses ChatGPT
- AI Syarikat Elon Musk Buktikan Tidak Perlu Penulis Untuk Raih Bacaan Tinggi
Google may be only a year or two away from total disruption. AI will eliminate the Search Engine Result Page, which is where they make most of their money.
Even if they catch up on AI, they can't fully deploy it without destroying the most valuable part of their business! https://t.co/jtq25LXdkj
— Paul Buchheit (@paultoo) December 1, 2022
Lebih terperinci, beliau menyatakan jika Google tidak bersaing dengan ChatGPT yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), berkemungkinan besar perniagaan Google akan lingkup dalam tempoh dua tahun lagi.
ChatGPT baru sahaja dilancarkan pada November 2020 lalu. Namun dalam tempoh singkat sahaja kini menjadi platform utama pengguna untuk bertanyakan pelbagai soalan.
Berbeza dengan engin carian Google, ChatGPT bukan hanya menyampaikan respon kepada hasil carian malah turut menjawab dalam gaya bahasa perbualan yang santai dan mudah difahami oleh pengguna.
Kebolehan menjawab soalan dalam pelbagai bahasa juga membuatkan pengguna internet lebih selesa menggunakan platform ChatGPT di dalam seharian. Aplikasi kecerdasan buatan seumpama ini sudah menjadi elemen penting di dalam era digital ini.