Gara gara menayangkan atau ‘flex’ aksi wheelie seorang remaja ditahan oleh polis. Siasatan polis menjadi lebih mudah apabila remaja itu merakam dan memuatnaik sendiri video itu di media sosial untuk dipertontonkan kepada umum.
Kegilaan untuk mengejar FYP bagi menarik ‘views’ di media sosial membuatkan remaja itu ditahan petang semalam kerana kesalahan tersebut.
Menurut laporan oleh Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri menegaskan bahawa hasil saisatan oleh Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Hilir Perak mengesan aksi itu berlaku di KM 1 Jalan Changkat Jong, dekat sini.
Siasatan itu membawa kepada penahanan seorang remaja berusia 15 tahun di Teluk Intan.
Ahmad Adnan Basri menambah: “Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang di atas jalan awam dengan cara berbahaya dan melulu.”
Beliau memberikan amaran kepada semua penunggang motosikal dengan lagak bahaya bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan kesalahan melibatkan pemanduan atau cara menunggang yang boleh membahayakan nyawa.
Jadi semua pihak seharusnya lebih bertanggungjawab ketika memandu atau menunggang di atas jalanraya.
Sebelum ini dua penunggang motosikal terkorban dalam nahas motosikal selepas terlibat aktiviti menunggang motosikal secara bahaya di Persiaran Raja Muda.
2 Maut Dalam Kemalangan Motosikal Di Persiaran Raja Muda Musa
Video rakaman kejadian itu tular di media sosial menunjukkan detik di mana remaja berusia 16 tahun dan pemuda berusia 21 tahun bertembung sesama sendiri.