Umum tahu apabila melawati Starbucks, para barista akan bertanyakan nama anda sebagai pelanggan untuk ditulis pada sebuah cawan. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan para pelanggan berasa lebih gembira seolah lebih dihargai.

Dalam pada itu, siapa sangka sebuah lukisan kecil yang disangka mampu menceriakan pelanggan bertukar menjadi jadi sebuah isu besar. Itulah yang berlaku di sebuah rangkaian Starbucks di Ireland apabila seorang warga Ireland campuran Thai yang dikenali sebagai Suchavadee Foley mendakwa beliau telah dilayan dengan rasis oleh seorang barista.

rudeboyfriend
Sumber: nextshark

Semuanya disebabkan barista berkenaan melukis sebuah emoji senyum berbanding menulis nama beliau. Berdasarkan lukisan yang dibuat, pelanggan berkenaan merasakan seolah dilayan dengan rasis dan fizikal beliau dikutuk berikutan lukisan emoji muka senyum dengan mata sepet yang dihasilkan.

Isu yang dilihat kecil bagi sesetengah pihak ini nampaknya telah dibawa ke pihak atasan melibatkan Ireland’s Workplace Relations Commission. Berdasarkan keputusan yang dibuat, pihak Starbucks Tallaght telah diminta membayar sebanyak €12,000 (RM58,980) kepada pelanggan berkenaan atas kesalahan yang dibuat.

Difahamkan, barista berkenaan pada mulanya telah bertanyakan nama kepada Suchavadee Foley namun berikutan gagal mengetahui ejaan nama pelanggan berkenaan, barista tersebut memilih untuk melukis sebuah gambar emoji senyum sebagai ganti. Beliau juga turut memaklumkan beliau tidak berniat berlaku rasis terhadap pelanggan berkenaan.

Ikuti juga kisah lelaki ini yang sanggup melapor kepada polis sebanyak 80 kali setahun semata-mata kerana mendengar bunyi ‘misteri’ di rumahnya.

Sering Dengar Bunyi Bising ‘Kerusi Ditarik’, Lelaki Ini Pilih Untuk Lapor Polis 80 Kali Setahun

IKEA Silap Cetak Beg, Kata ‘Alamak’ Dan Jadikannya Beg Edisi Khas

Sumber