Sejak Starbucks mengumumkan pemberian dana serta sokongan terhadap Israel, jenama ini nampaknya telah mendapat tentangan khususnya daripada golongan yang menyokong Palestin serta pencinta keamanan.

Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara luar termasuk Eropah turut menyaksikan penurunan pelanggan Starbucks di rangkaian kedai kami ini secara penduduk sejak berlaku peperangan melibatkan Israel dan Palestin baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Boikot yang dijalankan di negara luar.Sumber: The Seattle Times

Terbaharu, CEO Starbucks, Laxman Narashimhan berkata individu yang protes terhadap Starbucks itu berhubung pendiriannya terhadap perang Israel-Hamas telah ‘dipengaruhi oleh fahaman yang salah di media sosial’.

Beliau memaklumkan terdapat banyak rangkaian kedai kopi Starbucks yang terkesan dengan vandalisme serta keselamatan pekerja Starbucks turut dalam bahaya. Selain itu, mereka turut mengakui terkesan dengan kempen boikot yang dijalankan negara-negara Arab.

Sumber: Food Bev Media

Menerusi laporan Bloomberg, saham Starbucks dilaporkan mengalami kemerosotan paling teruk sepanjang 31 tahun di mana syarikat ini telah rugi sebanyak RM55 bilion. Di Malaysia, para pelabur dinasihatkan untuk menjual saham Berjaya Food akibat terkesan dengan impak boikot.

Sumber