Seorang gadis menangis merayu kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar tidak menyita motosikal milik kekasihnya dalam Ops Khas Motosikal di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, baru-baru ini.

“Ini motosikal kekasih saya, dia kini berada di Terengganu bagi acara pemotoran dan saya tunggang kenderaan ini tanpa pengetahuannya,” itu alasan yang diberikan selepas ditahan dalam operasi tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik MalaysiaGazette, operasi bermula jam 1 hingga 6 pagi itu turut membongkarkan remaja yang datang bersama rakannya sejauh 38 kilometer dari Sungai Petani, Kedah itu mempunyai pelbagai kesalahan — tiada lesen yang sah, tiada cukai jalan, insurans selain motosikal telah diubah suai secara melampau dipercayai bagi tujuan berlumba.

Sumber Gambar: MalaysiaGazette

Gadis terbabit bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Kedah itu dan dia ke Butterworth untuk makan bersama rakannya sebelum merayu agar motosikal jenis Yamaha Y15 itu tidak disita.

Bagaimanapun, rayuannya tidak diterima susulan ia membahaya nyawa penunggang sendiri sekiranya terlibat dalam kemalangan.

Sumber Gambar: MalaysiaGazette

Dalam operasi sama, JPJ turut menyita dua buah motosikal ditunggangi dua remaja lelaki yang masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.

Dua remaja lelaki itu didapati menunggang motosikal bapa mereka dan memberi alasan datang ke kawasan berhampiran untuk memancing namun tiada sebarang perkakasan bagi aktiviti tersebut bersama mereka.

Sumber Gambar: MalaysiaGazette

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, sebanyak 16 motosikal disita manakala 450 notis keluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Tujuan kita buat operasi ini bukan untuk menghukum tapi bagi memastikan pematuhan keselamatan jalan raya khusus dalam kalangan penunggang motosikal,” katanya.