Biasalah kadang-kala ada ibu bapa yang sanggup menolong anak untuk membuat kerja sekolah atas alasan kesian kepenatan dan sebagainya. Namun, bukan semua mempraktikan perkara sebegitu dalam membentuk anak mereka ke arah yang lebih baik.
Baru-baru ini, seorang ibu tunggal meluahkan rasa sedih apabila dituduh bantu melakukan kerja sekolah anaknya oleh guru dari sekolah cina. Dek kerana tulisan yang terlalu kemas, cikgu itu membuat andaian jika kalau tugasan yang diberikan telah diselesaikan oleh orang lain.
Yang lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila guru terbabit sengaja mendedahkan perkara itu beserta nama anaknya dengan nada sinis di dalam group WhatsApp kelas anaknya seolah-olah tidak berpuas hati akan hal tersebut.
“Kepada ibu bapa, minta jangan tolong anak buat kerja rumah. Semua cikgu bukan bodoh tak dapat bezakan tulisan murid. Saya akan suruh murid sapu dan buat semula,” jelasnya dengan nada sinis di dalam Group WhatsApp kelasnya.
Bagaimanapun, wanita yang hanya dikenali sebagai Azura langsung menafikan dakwaan tersebut dan berkeras yang dia sendiri tidak arif dalam ejaan bahasa Mandarin inikan pula menulis dengan baik.
Wanita turut mendedahkan yang dia hanya memantau anaknya untuk membuatkan kerja dengan kemas dan cantik agar lebih mudah difahami. Susulan insiden terbabit, dia mengakui sangat sedih dan tersungkur sehinggakan timbul rasa tidak mahu hantar anak ke sekolah lagi.
@azzura.empire sedih sangat this morning bila cikgu tuduh saya macam ni..allahhu😭😭😭 #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #life #tabah #broken
Perkongsian ibu tunggal terbabit ternyata meraih perhatian netizen yang mana majoritinya membidas tindakan cikgu yang tidak memeriksa kesahihan sesuatu perkara sebelum melontarkan dakwaan tidak berasas terhadap seseorang.
Dalam masa sama, ada netizen yang turut terkejut dengan bahasa yang digunakan oleh cikgu terbabit kerana tidak melambangkan sebagai seorang pendidik.