Bekas pemain skuad kebangsaan England, Gary Neville berpendapat Gareth Southgate dan anak buahnya akan pulang lebih awal sekiranya tidak meningkatkan kualiti permainan pada pertemuan menentang Switzerland nanti.

England yang berhempas-pulas menewaskan Slovakia 2-1 akan berdepan Switzerland dalam aksi suku akhir pada 7 Julai nanti.

Baca Juga:

Meskipun mendominasi permainan, England tidak mampu menjelmakan banyak percubaan berbahaya apabila hanya dua serangan tepat dicipta.

Mujur kedua-dua percubaan itu berjaya menghasilkan jaringan menerusi gol akrobatik Jude Bellingham dan tandukan Harry Kane.

“Empat kali pasukan England bermain dalam kejohanan ini dimana mereka beraksi dibawah tahap sebenar,” ujar Neville menurut sumber Sky Sports.

“Mereka akan berharap bahawa ini menjadi pemangkin untuk peningkatan tahap prestasi dan perubahan arah prestasi mereka pada perlawanan nanti (bertemu Switzerland).”

“Kemenangan adalah segalanya dalam sesebuah kejohanan tetapi prestasi penting kerana pada akhirnya hanya ada had yang boleh dicapai oleh pasukan yang lebih lemah.”

“Tidak bermain dengan baik tetapi menang pada akhirnya akan mengecewakan anda, dan saya rasa ia akan mengecewakan England pada hari Sabtu jika mereka terus bermain pada tahap yang sama,” tambah bekas pemain yang beraksi di posisi bek kanan itu.

Kem Switzerland pastinya bakal turun dengan penuh keyakinan susulan kejayaan manis skuad kendalian Murat Yakin itu membenam cabaran Itali 3-0 pada pusingan 16 tempoh hari.

 

 

Sumber