Sekiranya anda pernah menonton siri filem Fast & Furious, pastinya anda cukup faham dengan aksi lagak ngeri melibatkan beberapa kenderaan. Aksi yang disangkakan hanya berlaku di dalam filem ini nampaknya benar-benar berlaku di Romania apabila sekumpulan penyeludup telah menyeludup iPhone yang dianggarkan berjumlah $590,000 (~RM2,52 Juta).

Berdasarkan modus operandi yang dibuat, dua penyeludup akan keluar daripada sebuah van yang telah diubah suai untuk dipadankan bersama belakang lori kemudian 3 lagi individu antara yang membantu untuk memindahkan iPhone kedalam daripada dalam lori kedalam van. Seakan-akan ‘Fast & Furious’ bukan?