Bagaimana cara makan buah rambutan dengan betul? Sebuah video TikTok yang memaparkan seorang gadis memotong buah rambutan untuk nikmatinya mendapat perhatian ramai orang.
Menerusi perkongsian video tersebut, rata-rata mengatakan cara Ariana Feygin iaitu seorang MasterChef tidak tepat kerana beliau memotong rambutan dengan menggunakan pisau.
@arianafeygin colorful lil monster fruits :) 🥥 #rambutan #food #chef #tiktokchef #tiktokfood #fruit #tastetest #tiktokfoodie #aesthetics #cooking #healthy #foodie
Berikutan itu, Ariana Feyqin tampil dengan video baru dimana beliau menggigit rambutan dan bertanya jika kali ini cara untuk makan rambutan beliau tepat. Perkongsian itu turut mendapat perhatian netizen dan ada yang bangga kerana beliau mengakui kesilapannya untuk makan rambutan.
@arianafeygin rambutan redemption!! let me know if i did it right this time 🥴 @mika_neko #rambutan #fruit #chef #food #tiktokchef #tiktokfood #tiktokmeal #foodie
Tidak hanya itu, perkongsian beliau juga mengundang pertikaman lidah netizen kerana ada yang mengatakan seharusnya pulas sahaja buah rambutan. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa bagaimana pun cara untuk nikmati buah rambutan  sebenarnya tiada yang salah.
Gigit boleh, pakai kuku boleh, pakai pisau pun boleh masa kupas buah.
Reasons of elakkan gigit:
1. Ada orang kata punca batuk sebab habuk dan getah.
2. Orang yg biasa petik terus dari pokok selalunya tahu benda apa atas kulit buah, termasuk sarang labah2. Tak ramai yg cuci.— Ahmad Khairul Aizat Yusof (@akay6669) October 1, 2020
https://twitter.com/Jia_rizaira/status/1311333466273771520
Sy susah nak pulas sbb nanti tgn sakit. Yg pandai pulas ayah. Hahahahhahahaha walaupun sbnrnya pulas dr mudah dr gigit sbb kalau gigit kdg² tergigit dgn rambut dia sekali 😂
— your_name (@nur_atiqah94) September 30, 2020
Apa pula pendapat anda tentang cara nikmati buah rambutan ini? Adakah anda gigit, potong atau pulas buah rambutan?
Sementara itu, buah rambutan pernah terpilih sebagai buah dari angkasa lepas dalam drama siri Netflix. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Drama Bersiri Netflix ‘Another Life’ Pilih Rambutan Sebagai Buah Dari Angkasa Lepas
Netizen Terhibur Lihat Gelagat Mat Saleh Ini Kupas Buah Rambutan Guna Pengupas Buah
Netizen Tergamam Dengan Cara Potongan Buah Nangka Di Amerika Syarikat Ini