Di media sosial tengah tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pemain bola Indonesia yang mana menghina pihak Polis Diraja Malaysia malah menuduh wujud cubaan untuk meminta wang sogokan.

Pemain yang dimaksud adalah Adam Alis bersama dua rakannya telah ditahan polis selepas didakwa memandu melawan arus.

Atas permintaan anggota polis untuk menunjukkan pasport, mereka gagal melakukannya, lantas diminta untuk menunjukkan kad pengenalan Indonesia. Polis turut mengingatkan mereka tentang kewajipan membawa pasport ke mana sahaja di negara itu.

@officialinews

Pemain Persib Bandung, Adam Alis, menceritakan pengalamannya dihentikan polisi Malaysia seusai laga melawan Selangor FC di ajang AFC Champions League Two (ACL 2), Kamis (6/11/2025) malam. Ketiganya sempat dimintai identitas, tetapi tidak membawa paspor saat itu. Situasi sempat tegang sebelum akhirnya dapat diselesaikan secara baik-baik. Adam menjelaskan, mereka akhirnya dilepaskan setelah Robi Darwis menunjukkan kartu tanda anggota (KTA). Baca selengkapnya di sini: https://www.inews.id/ #Persib #PersibBandung #AdamAlis #Polisi #Malaysia #KTA #RobiDarwis

♬ suara asli – OfficialiNews – OfficialiNews

Adam Alis malah menggelarkan polis upin ipin serta mendakwa dirinya telah ditahan tanpa sebab. Sementara di dalam video lain, dia mendakwa pihak polis Malaysia juga cuba meminta wang sogokan untuk melepaskan mereka tetapi tiada pula di dalam rakaman asalnya.

Dakwanya lagi, anggota polis pada ketika itu terus berubah layanan selepas mengetahui salah seorang temannya adalah anggota tentara Indonesia. Entah mengapa dia menuduh melulu sebegitu walhal negara kita mempunyai undang-undang di samping miliki bodycam yang pasti merakam segala perbuatan anggota sewaktu bertugas.

Video tersebut menjadi tular dan mengundang kemarahan rakyat Malaysia, terutamanya disebabkan komen tuduhan Adam Alis terhadap anggota polis terbabit. Walau bagaimanapun, lelaki itu belum mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.

Oleh itu, orang ramai meminta pihak KDN untuk mengambil tindakan yang sewajarnya serta memberi pesanan kepada warga asing untuk sentiasa membawa pasport dan maklumat peribadi untuk semakan ketika melancong ke sini.