Perhimpunan Tabligh di Masjid Nizamuddin, New Delhi dilaporkan menjadi kluster penularan wabak COVID-19 di India dan Pakistan. Pihak berkuasa dari kedua negara dilaporkan sudah dikerah bagi mencari nama-nama jemaah yang menghadiri acara tersebut.
Menurut pakar, himpunan tabligh di New Delhi menjadi punca kepada penularan wabak COVID-19 di enam negeri iaitu Tamil Nadu, Andhra Pradesh, Delhi, Telangana dan Maharashtra. Keseluruhan kes coronavirus di India kini mencapai lebih 2,000 orang dan lebih 60 orang telah dilaporkan meninggal dunia.
Media setempat menyebut sekitar 2,500 orang berkumpul di New Delhi pada 10 Mac yang lalu. Para jemaah dilaporkan datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan sebahagiannya datang dari negara Asia yang lain.
“Dari pemerhatian kami, lebih dari 3,000 orang berkumpul di masjid jemaah tabligh antara 10 dan 15 Mac lalu.
“Di antaranya, ada warganegara Indonesia, Yordania, Yaman, Arab Saudi, Tiongkok, Ukraine, Malaysia, Sri Lanka, Afghanistan, dan Bangladesh.
“Setelah lockdown berlangsung, sebahagian besar jemaah pulang, tapi masih ada 1,600 orang yang masih berada di Masjid Nizamuddin, Delhi, dan ada lebih dari 200 warganegara asing,” kata pegawai polis Delhi saat ditemuramah oleh India Today.
Masjid Nizamuddin telah ditanda sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan India. Sekitar 300 jemaah menunjukkan tanda-tanda penyakit COVID-19 dan mereka telah dibawa ke hospital untuk melakukan ujian. Sementara selebihnya telah dibawa ke pusat kuarantin.
Bulan lalu, himpunan tabligh di Malaysia telah menjadi pemicu kepada gelombang penularan wabak COVID-19. Acara yang berlangsung selama empat hari itu telah dihadiri lebih 10,000 orang.
Acara sama turut berlangsung di Gowa, Sulawesi Selatan, namun sempat dibatalkan. Masjid Kebon Jeruk terpaksa ditutup dan 144 jemaah dipantau oleh pihak berkuasa Indonesia.
Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di India, klik pautan di bawah.
‘Lockdown’ Buat Hidup Makin Melarat, PM India Mohon Maaf Susahkan Golongan Miskin
Polis India Pukul Orang Awam Sehingga Maut Kerana Langgar Perintah ‘Lockdown’
Adakah Sikap Degil Rakyat India Telah Memaksa Perintah ‘Lockdown’ Dikuatkuasakan?