Gempa bumi berkuasa 7.4 magnitud telah melanda barat Jepun, lapor Agensi Meteorologi Jepun (JMA). Gempa itu berlaku pada pukul 4:10 petang waktu tempatan di Noto, Wilayah Ishikawa.

Bencana alam itu telah mengaktifkan amaran tsunami di beberapa lokasi; Ishikawa, Niigata, Toyama, Yamagata, Fukui dan Hyogo di sepanjang pantai Laut Jepun, lapor penyiar NHK Jepun.

Baca Juga:

Memetik Reuters, Hokuriku Electric Power berkata ia sedang memeriksa sebarang gangguan di loji tenaga nuklearnya, lapor NHK.

Gegaran gempa yang melanda pada Hari Tahun Baru, turut dirasai di Tokyo dan di seluruh kawasan Kanto.

Berita ini masih lagi dikemas kini mengikut perkembangan semasa.