Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter dikesan di Ranau pada 7.13 pagi Khamis hari ini, lapor Bernama.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam satu kenyataan, berkata pusat gempa, pada kedalaman 5km, adalah 13km utara-barat Ranau dan gegaran itu boleh dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jabatan berkenaan akan terus memantau situasi terkini, lapor kenyataan itu.

Untuk rekod, awal tahun ini pakar telah memberi peringatan kepada rakyat Malaysia dan pemimpin kerajaan untuk bersiap sedia menghadapi risiko gempa bumi.

Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Seismologi dan Gempa Bumi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr Azlan Adnan melihat bahawa rantau Asia Tenggara berisiko untuk mengalami gempa bumi berskala besar.

Katanya lagi, kejadian gempa yang berlaku di negara jiran Indonesia dan Jepun boleh menjejaskan aktiviti Lingkaran Api Pasifik dan seterusnya meningkatkan kemungkinan berlakunya gempa bumi di Malaysia.