Jepun dan beberapa kawasan di Amerika Syarikat berkemungkinan dilanda tsunami selepas satu gempa bumi besar berlaku di lautan berhampiran Rusia, lapor portal Telegraph.
Gempa bumi dengan magnitud 8.7 itu berlaku sebelum tengah hari Rabu (jam 12 pagi waktu UK) di Lautan Pasifik, kira-kira 136 kilometer (85 batu) ke tenggara Petropavlovsk-Kamchatsky di timur Rusia.
Baca Juga:
- Malaysia Mungkin Berdepan Gempa Bumi Kuat, Sabah Paling Berisiko

- Gegaran Ipoh Tiada Kena Mengena Gempa Bumi Indonesia, Letupan Kuari & Latihan Polis

- Taiwan Dilanda Gempa Bumi Terkuat Sejak 25 Tahun Lalu, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gelombang setinggi lebih 3 meter telah direkodkan di Kamchatka, menurut menteri kecemasan wilayah Rusia.
‼️У побережья Камчатки произошло мощное землетрясение магнитудой 8.7 баллов. Эпицентр находился всего в 130 км от стратегической подводной базы ВМФ России «Рыбачий».
Подземные толчки вызвали цунами высотой до 4 метров. Первая волна затопила рыбный завод в Северо-Курильске.. 🌊 pic.twitter.com/ltJdUEoyk1
— Татьяна 2.0 🌹🌲 (@tatkaural) July 30, 2025
Kerajaan Jepun pula menjangkakan ombak setinggi kira-kira 3 meter akan melanda kawasan pantai utama negara itu yang menghadap Lautan Pasifik, dan telah mengarahkan sebahagian penduduk untuk berpindah.
Amaran tsunami turut dikeluarkan di Rusia dan di pantai barat Amerika Syarikat – termasuk Alaska, California, Hawaii dan Guam.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gelombang setinggi lebih 3 meter berkemungkinan melanda kawasan pantai barat laut Hawaii dan Rusia.
Penduduk di pekan kecil Severo-Kurilsk di wilayah Sakhalin, Rusia, telah diarahkan untuk berpindah.
Gabenor wilayah berkenaan menyifatkan gegaran yang berlaku di perairan Kamchatka sebagai ‘yang terkuat dalam beberapa dekad’, dan menyeru penduduk untuk menjauhi kawasan pantai.
Agensi Meteorologi Jepun pula memberi amaran bahawa tsunami akan melanda berulang kali dan menasihatkan penduduk untuk tidak masuk ke laut atau menghampiri kawasan pantai sehingga amaran ditarik balik.
Gelombang setinggi 0.3 meter di atas paras air pasang turut dijangka berlaku di Korea Selatan, Korea Utara dan Taiwan, menurut USGS.
Satu gempa susulan dengan magnitud 5.6 juga dilaporkan melanda Semenanjung Kamchatka sekitar jam 1.15 pagi waktu UK.