Gempa bumi terburuk telah melanda negara Turki pada hari Isnin sehingga menghancurkan sebuah istana zaman Rom yang berusia 2,200 tahun. Kini para ahli sejarah bimbang bahawa monumen sejarah lain yang ada di sana turut terkesan dengan gempa bumi yang berlaku di sana.
Istana Gaziantep dibina pada Abad ke-2 dan ke-3 oleh orang Rom, dan dilanjutkan pembinaannya oleh maharaja Byzantine Justinian I pada Abad ke-6. Ia telah melalui pengubahsuaian yang besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk dimasukkan dalam senarai tapak Warisan Dunia UNESCO.
Gaziantep Castle, which was built more than 2,200 years ago, collapsed during the earthquake https://t.co/i4GjMKMBwU
— BNO News Live (@BNODesk) February 6, 2023
“Beberapa benteng di bahagian timur, selatan dan tenggara Istana Gaziantep yang bersejarah di daerah Şahinbey tengah musnah akibat gempa bumi; serpihan itu bertaburan di jalan raya,” lapor Anadolu, agensi berita kerajaan Turki.
“Pagar besi di sekeliling gelanggang bertaburan di kaki lima di sekelilingnya. Tembok penahan di sebelah istana juga runtuh. Di beberapa benteng, retakan besar diperhatikan selepas gempa bumi.”
Driving through the Turkish city of Kahramanmaras shows the devastation caused by the deadly magnitude 7.8 earthquake ⤵️ pic.twitter.com/hEJSd44d3c
— Al Jazeera English (@AJEnglish) February 6, 2023
Selain Turki, gempa bumi ini turut melanda Syria sehingga menyebabkan 1,444 orang terbunuh dan kira-kira 3,500 cedera. Laporan ini hadir daripada wakil kerajaan dan pekerja penyelamat di wilayah barat laut yang dikawal oleh pemberontak.
Setakat ini, Reuters melaporkan bahawa gempa bumi yang melanda kedua-dua negara telah mengorbankan lebih 3,700 orang. Turki dan Syria yang kini sedang mengalami musim sejuk beku telah menyukarkan lagi usaha menyelamat dengan pemerhati merasakan bahawa beribu lagi orang cedera dan kehilangan tempat tinggal.
Bagaimanapun, melalui ciapan The Spectator Index, angka kematian bagi kedua-dua negara mungkin lebih besar, dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan seramai 20,000 orang terkorban di Turki dan Syria.
BREAKING: World Health Organization says as many as 20,000 people may have died in Turkey-Syria earthquake
— The Spectator Index (@spectatorindex) February 6, 2023
Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu telah meruntuhkan seluruh blok pangsapuri di sekitar bandar Turki dan memberi dampak kemusnahan yang lebih pedih buat rakyat Syria yang sudah lama kehilangan tempat tinggal akibat perang.
Di Malaysia pula, kerajaan ini akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turki, lapor Free Malaysia Today.
Seramai 75 anggota Smart digerakkan ke Turki malam ini menerusi penerbangan Turkish Airlines dengan membawa bersama peralatan yang akan digunakan di dalam operasi itu.
Pasukan Smart menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada 2016 yang membolehkan ia dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.