Semasa kecil, dunia dewasa mungkin kelihatan jauh lagi. Kini, anda sudah mula membayar bil sendiri, mengisi cukai dan membuat keputusan penting dalam hidup.
Salah satu perkara yang perlu diutamakan apabila memasuki fasa dewasa ialah pelaburan terhadap diri sendiri — dari segi kesihatan, keselamatan dan kewangan.
Di sinilah pentingnya insurans. Ia bukan sekadar perlindungan, tetapi jaminan untuk masa hadapan anda.
“Tapi saya dah ada insurans dari tempat kerja…”
Memang benar, kebanyakan majikan menyediakan perlindungan asas untuk pekerja. Namun, penting untuk anda tahu bahawa perlindungan ini mempunyai had tertentu.
Dalam situasi kecemasan atau penyakit serius, perlindungan sedia ada mungkin tidak mencukupi untuk menampung semua kos rawatan atau pemulihan.
Selain itu, pelan insurans daripada tempat kerja selalunya tidak akan diteruskan sekiranya anda bertukar kerjaya. Malah, terdapat juga keperluan perlindungan peribadi yang tidak termasuk dalam polisi majikan, seperti insurans kenderaan atau perlindungan semasa percutian.
Kini Anda Boleh Beli Insurans Terus Dari Telefon
Jika dahulu anda perlu berjumpa ejen insurans untuk mengetahui pilihan yang ada, sekarang anda boleh semak, banding dan beli pelbagai jenis insurans terus melalui Shopee app atau ShopeePay.
Anda tidak perlu berjumpa ejen atau isi borang yang rumit. Hanya buka aplikasi ShopeePay atau Shopee, dan anda boleh semak serta mohon pelbagai jenis insurans harian dengan mudah, semuanya disediakan oleh penyedia insurans yang dipercayai dalam industri.
Lebih menarik, ShopeePay turut menawarkan promosi eksklusif yang tidak terdapat di tempat lain.
Personal Accident Protection – Untuk Perlindungan Diri Anda Setiap Hari
Kita tidak tahu bila perkara tidak diingini boleh berlaku. Dengan Personal Accident Insurance daripada Zurich General Insurance, anda boleh lindungi diri sendiri dan ahli keluarga sekiranya berlaku kecederaan, kecacatan kekal atau kematian akibat kemalangan.
Pelan ini menawarkan:
-
Pampasan sehingga RM40,000
-
Perlindungan penyakit bawaan vektor seperti denggi
-
Elaun harian hospital
Harga bermula serendah RM1.67 sehari, jauh lebih rendah berbanding kopi harian anda!
Naik taraf ke pelan Gold untuk perlindungan lebih menyeluruh dan nikmati diskaun 25%, sama ada untuk individu atau keluarga.
Berminat untuk dapatkannya? Anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut dan pembelian.
Perlindungan Kenderaan Anda – Lebih Jimat & Cepat
Di Malaysia, semua kenderaan mesti mempunyai insurans atau takaful sebelum digunakan di jalan raya. Kini anda boleh memperbaharui perlindungan ini terus di ShopeePay, lebih pantas dan mudah!
Jika anda ingin menikmati penjimatan sehingga 10% bagi premium insurans atau sumbangan takaful anda, dan berpeluang mendapatkan cukai jalan percuma selama setahun, inilah masanya!
Antara pilihan insurans atau takaful kenderaan yang tersedia adalah seperti di bawah:
-
Allianz General Insurance
-
Takaful Ikhlas General
-
Zurich General Takaful
-
Zurich General Insurance
Yang lagi best, bila anda renew dengan ShopeePay, anda boleh nikmati pelbagai keistimewaan seperti diskaun sehingga 10% ATAU percuma 1 tahun cukai jalan untuk kenderaan bawah 1600CC mulai 17 May serta tambahan hingga RM30 diskaun untuk pengguna kali pertama.
Yang lagi best, bila anda renew dengan ShopeePay, anda boleh nikmati pelbagai keistimewaan seperti diskaun sehingga 10%, percuma 1 tahun cukai jalan untuk kenderaan bawah 1600CC serta tambahan RM30 diskaun untuk pengguna kali pertama.
Klik di sini untuk renew insurans kenderaan anda.
Rancang Percutian Dengan Tenang – Travel Insurance Untuk Lindungi Setiap Perjalanan
Ramai yang merancang percutian tanpa mengambil kira Travel Insurance, walhal ia sangat penting untuk mengelakkan kerugian sekiranya berlaku perkara tidak dijangka.
Rancang percutian dengan penuh yakin dan tanpa kerisauan dengan Travel Insurance daripada Allianz General yang sedia lindungi anda dari sebarang gangguan, kecil mahupun besar!
Daripada kelewatan dan pembatalan penerbangan, kehilangan bagasi atau barang peribadi, hinggalah ke rawatan hospital dan kos perubatan semasa perjalanan, anda dilindungi sepanjang masa.
Harga perlindungan pun sangat berpatutan, hanya RM3 sehari untuk perjalanan domestik, dan RM10 sehari untuk destinasi antarabangsa.
Lebih jimat apabila anda berpeluang nikmati diskaun sehingga 15% untuk jumlah premium anda sepanjang bulan Mei apabila anda beli Travel Insurance melalui ShopeePay!
Mencari pilihan yang patuh Shariah? Nantikan pelancaran Travel Takaful yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi!
Boleh Bayar Ansuran Dengan SPayLater
Kos perlindungan insurans atau takaful mungkin dirasakan tinggi untuk dibayar sekaligus. Jangan risau, anda boleh guna SPayLater dan bayar secara ansuran sehingga 12 bulan — tanpa caj tambahan. Menarik kan?
Setiap individu mempunyai keperluan perlindungan yang berbeza. Apa yang penting ialah anda memahami pilihan yang ada dan membuat keputusan yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Jangan tunggu hingga perkara buruk berlaku. Mulakan langkah pertama hari ini dan lindungi diri anda dengan lebih yakin.
Klik di sini untuk semak semua pelan insurans & takaful di ShopeePay.
Muat turun aplikasi ShopeePay yang serba baharu sekarang di App Store atau Google Play.