Peranti iPhone kekal menguasai pasaran telefon pintar sehingga ke hari ini. Malah, di dalam kehidupan seharian kita turut boleh dilihat majoriti pengguna memiliki iPhone berbanding Android.

Perkara ini terbukti selepas laporan terbaharu memperlihatkan Generasi Z yang dilahirkan selepas 1996 semakin cenderung memilih iPhone berbanding Android terutamanya di Amerika Syarikat.

Baca Juga:

Sumber Gambar: CNBC

Menerusi laporan itu, sekitar 34% daripada semua pemilik iPhone tergolong dalam kalangan Gen Z. Sebagai perbandingan, hanya 10% daripada mereka menggunakan telefon pintar berjenama Samsung.

Menariknya, aplikasi iMessage menjadi sebab kepada populariti iPhone dalam kalangan Gen Z kerana peranti Android tidak mempunyai fungsi menarik seperti yang ditawarkan sistem pemesejan iPhone.

Malah, pernah dilaporkan rekaan kotak teks iMessage juga tampil lebih sedap mata memandang serta jelas visualnya berbanding di Android. Perkara ini sekaligus menjadi perbalahan di antara Google dan Apple kerana tidak menggunakan paparan teks mesej yang standard.

Di Malaysia pula, para pengguna pula lebih menyebelahi iOS kerana penawaran gambar dan video yang baik terutamanya di platform media sosial. Kemudahan AirDrop dan ekosistem Apple juga merupakan antara sebab  jumlah pengguna iPhone tempatan bertambah besar.

Oleh itu, syarikat Google dan jenama terkemuka Android perlu memikirkan strategi mereka untuk memenangi hati golongan Gen Z. Dalam laporan sama juga menyatakan negara selain Amerika Syarikat turut memperlihatkan peningkatan jumlah pengguna iPhone pada saban tahun.