Lima orang nenek berusia sekitar 65 tahun ke atas ditahan Pasukan Polis Padang ketika sedang asyik bermain judi, lapor Trimbunjambi.
Menurut laporan tersebut, nenek berkenaan ditahan Pasukan 2 Klewang di belakang gerai yang terletak di Rawang Ketaping, Pasar Ambacang, Kota Padang.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Padang, Komisioner Dedy melalui Ketua Perhubungan Awam Ipda Yanti Delfina berkata, penahanan lima nenek itu bermula dengan laporan penduduk bahawa terdapat nenek yang mengganggu penduduk kerana aktiviti perjudian.
“Pasukan Klewang menerima laporan daripada orang ramai yang bimbang dengan gelagat lima orang nenek berusia purata lebih 60 tahun bermain permainan judi ini,” kata Ipda Yanti.
Menjawab laporan itu, pihak berkuasa diketuai Dantim Aiptu David Rico Darmawan terus ke lokasi kejadian yang dimaklumkan penduduk.
“Sampai di sana, ternyata benar, lima nenek itu diserbu ketika sedang asyik bermain kad dengan bukti wang pertaruhan bernilai IDR 210 ribu,” kata Yanti.
Selepas serbuan, kelima-lima nenek dan barang bukti telah segera disita oleh pasukan Polis Daerah Padang untuk proses selanjutnya.
“Ketika ini lima nenek itu berada di Polis Padang dan kami masih meminta maklumat berhubung proses itu,” akhirinya.