Pada hari ini, masalah internet adalah perkara yang serius bagi semua orang. Tak kira kecil besar tua muda.
Bayangkan internet 5G perlahan sampai satu kampung hilang sabar dan melakukan tindakan drastik.
Tetapi apa yang berlaku di India ini memang agak luar biasa.
Tular satu video di India menunjukkan sekumpulan penduduk dikatakan bertindak mengikat seorang juruteknik pada menara telekomunikasi kerana tidak berpuas hati dengan masalah liputan 5G di kawasan mereka.
Mereka sebelum ini mengadu bahawa masalah isyarat 5G di kampung mereka terus lembab.
Sudah dua tahun mereka bersabar. Syarikat telco pula seperti biasa, menghantar juruteknik untuk menyiasat dan memantau masalah tersebut.
Cuma hari pada hari tersebut, nasib seorang juruteknik itu agak malang.
Dia dihalang daripada balik, dan terus diikat pada tiang pencawang 5G.
Logik penduduk terbabit mudah. Mereka dikatakan tidak mahu melepaskan juruteknik tersebut selagi masalah isyarat 5G tidak diselesaikan dan pegawai atasan syarikat telekomunikasi tidak datang ke lokasi.
Sa India daw βto. Dahil sa mahinang 5G signal kaya itinali ung technician sa tower. Ang thought process nong mga residente, hindi sya pakakawalan hangga't hindi umaayos ang signal at hindi pumupunta ang mga nakatataas na opisyal ng telecom company. πππ
Pero sa totoo lang,β¦
— πΈπΆπππ | π¦π (@carliyeigh) September 13, 2026
Bagi mereka, kalau isyarat masih teruk, juruteknik itu juga belum boleh balik.
Difahamkan, beberapa jam kemudian pihak polis datang untuk membebaskan tebusan tersebut daripada terus diikat di tengah panas terik.
Di Malaysia pun, di beberapa kawasan ada masalah isyarat internet. Namun setakat ini, rakyat Malaysia masih ‘behave’ daripada kelakuan yang luar kawalan seperti itu.