Situasi kenderaan dihimpit semasa memandu atas sebab mahu ambil kesempatan boleh dikatakan perkara yang agak biasa berlaku di Malaysia. Dari dihimpit kerana mahu lepasi tol secara percuma sehinggalah cuba mengekori jentera pihak berkuasa dalam situasi kecemasan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana sebuah Toyota Hilux cuba mengekori rapat sebuah ambulans yang dalam kecemasan. Akibat ‘terganggu’ dengan tindakan kereta tersebut, pihak ambulans telah membuat pengumuman meminta bantuan polis yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Setelah pengumuman tersebut dibuat, Toyota Hilux terbabit terus memberhentikan kenderaan dan Mitsubishi Outlander milik anggota polis terus masuk ke dalam laluan untuk memperlahankan kereta terbabit.

Rakaman tindakan spontan ambulans dan kerjasama polis telah buat netizen berasa puas hati melihat kereta Toyota Hilux ‘terciduk’ dengan perbuataan selfish sendiri.

vocket-ambulans-minta-polis-saman-hilux-3
Sumber Gambar: TikTok @hikumi_85
vocket-ambulans-minta-polis-saman-hilux-4
Sumber Gambar: TikTok @hikumi_85
vocket-ambulans-minta-polis-saman-hilux-5
Sumber Gambar: TikTok @hikumi_85

Sekiranya anda ternampak situasi kecemasan seperti ini, janganlah cuba mengambil kesempatan dan beri kerjasama membuka laluan supaya mudahkan perjalanan ambulan dan jentera pihak berkuasa.

Jadilah seorang pengguna jalan raya yang bertimbang rasa kerana kerjasama yang anda berikan pasti boleh menyelamatkan nyawa yang sedang berada dalam bahaya ketika situasi kecemasan itu.

Pada bulan lalu tular rakaman video seorang pemandu Proton Wira cuba menjadi ‘escort’ tidak diundang kepada jentera bomba.

Netizen Geleng Kepala Lihat Pemandu Wira Jadi ‘Escort’ Tidak Diundang Jentera Bomba

Kereta Langgar Palang Tol, Gara-Gara Motosikal Menyelit Di Laluan ‘SmartTag’