Legenda Barcelona, Gerard Pique terus ‘menyerang’ Shakira selepas bintang pop Colombia itu baru-baru ini mengeluarkan satu lagi baharu yang didakwa menyindir bekas suaminya itu.
Pasangan itu menamatkan hubungan mereka selama 11 tahun pada 2022. Kedua-duanya mengeluarkan kenyataan bersama yang mengisytiharkan perpisahan mereka.
Baca Juga:
- Ira Kaza Bersama Bapa Dan Kakaknya Berdepan Dakwaan Melanggar Perintah Injuksi
- Luah Rasa Rindu Biarpun Sudah Lama Bercerai, Hana Azraa Mohon PU Abu Jangan Ganggunya Lagi
- Dibuli Netizen Terima Beg Tangan Mewah, Pengasas Charles & Keith Undang Gadis Ini ‘Lunch’ Bersama
Dalam lagu terbarunya, sebahagian daripada lirik daripada Shakira berbunyi:
“Saya bernilai dua 22. Anda menukar Ferrari dengan Twingo. Anda menukar Rolex dengan Casio. Banyak pergi gim, tetapi gunakan otak anda juga.”
Shakira to Piqué in her latest song: "I'm worth two 22's. You traded a Ferrari for a Twingo. You traded a Rolex for a Casio… A lot of gym, but work your brain a little bit too." pic.twitter.com/IFdJhCarqb
— Barça Universal (@BarcaUniversal) January 12, 2023
Sebelum ini lagenda bola sepak itu menyindir bekas pasangannya dengan mengumumkan bahawa setiap presiden kelab dari Kings League akan mendapat tajaan jam tangan Casio. Kings League ialah kejohanan tujuh sebelah yang ditubuhkan oleh Pique dan streamer popular Sepanyol Ibai Llanos.
Beberapa jam kemudian, Casio telah menafikan penajaan tersebut dan menunjukkan kedudukan neutral dalam hal ‘Pique-Shakira’ itu.
“Pelbagai versi diedarkan di rangkaian sosial tentang penajaan Casio bagi projek yang diketuai oleh Gerard Piqué. Casio benar-benar memisahkan dirinya daripada kenyataan sedemikian. Kami meminta untuk menghentikan penggunaan tanpa kebenaran jenama kami untuk mengelakkan tindakan undang-undang,” petik kenyataan rasmi Casio.
Casio’s stock market rate drastically dropped following Pique announcing his partnership with them.
Pique only collaborated with the brand after Shakira dissed him in her latest song. pic.twitter.com/bQQSKOke7P
— Pop Tingz (@ThePopTingz) January 14, 2023
Setakat artikel ini ditulis, lagu ‘diss track’ SHAKIRA || BZRP Music Sessions #53 telah mendapat 122 juta tontonan dalam tempoh empat hari, serta berada di carta nombor 25 lagu trending di platform YouTube.
Diss track itu hasil kerjasama penerbit Argentina dan DJ Bizarrap, menjadikam video muzik Latin baharu yang paling banyak ditonton dalam sejarah platform itu dan menjadi tajuk utama di seluruh dunia.