Sebut sahaja fenomena gerhana matahari, pasti ada dalam kalangan kita yang teruja untuk melihat fenomena tersebut.
Mana tidaknya, bukan selalu kita dapat lihat fenomena ini. Terbaharu, pihak Planetarium Negara mengumumkan bahawa rakyat Malaysia bakal berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Anulus (Cincin) pada 26 Disember 2019.
Untuk pengetahuan anda, fenomena tersebut dapat dilihat dengan jelas di dua kawasan iaitu di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak. Malah, menurut Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari mengatakan fenomena tersebut pernah berlaku pada 21 tahun lalu iaitu pada 22 Ogos 1998.
Jika anda terlepas kali ini, anda kena tunggu 22 tahun lagi untuk lihat fenomena ini. Anda dapat lihat fenomena itu kira-kira pada pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang.
“Ia akan bermula dari tanah Arab, kemudian ke India, ke Sumatera dan melalui Malaysia iaitu melalui Johor dan Sarawak dan kemudian akan melalui Singapura, mungkin tiga per empat dan ke Borneo dan berakhir di lautan Pasifik,” katanya dalam sidang media Gerhana Matahari Anulus, pada isnin lalu.
Di samping itu, Planetarium Negara dengan kerjasama Taman Negara Tanjung Piai turut mengadakan festival SolarFest Malaysia 2019 bermula bermula 24 sehingga 26 Disember ini. Festival tersebut menyasarkan 30,000 orang pengunjung bakal hadir sepanjang tempoh festival itu berlangsung.
Pada kemuncak acara iaitu pada 26 Disember nanti, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Anulus melalui teleskop dan cermin mata yang disediakan oleh Planetarium Negara di festival berkenaan.
Pada 28 Julai yang lalu, orang ramai berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan ‘Blood Moon’. Buat yang terlepas fenomena tersebut, klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Ekspo Sains Dan Teknologi Terbesar Negara ‘NICE 2017’ Kini Sedang Berlangsung