Pelbagai jenama antarabangsa menerima kesan boikot besar-besaran daripada masyarakat dunia kerana menyokong negara haram Israel.

Terbaharu, jenama donut Krispy Kreme pula bakal menerima kesan boikot selepas tular sebuah tangkap layar di laman X/Twitter mengenai pelaburan dan derma jenama tersebut kepada Israel.

Baca Juga:

Melalui perkongsian salah seorang pengguna media sosial, difahamkan bahawa jenama donut tersebut melabur dan menderma kepada sebuah yayasan kepunyaan Israel.

“Krispy Kreme, Jenama Donut milik JAB Holdings yang dimiliki oleh keluarga Reimann.

“Pemilik Krispy Kreme, keluarga Reimann adalah zionis yang teguh dan menyokong negara zionis dengan pelaburan dan derma melalui Yayasan Alfred Landecker.

“Jangan makan dari Krispy Kreme. Jangan bekerja untuk Krispy Kreme,” kata kenyataan tersebut.

Di bahagian komen pula, kebanyakan netizen berterima kasih kepada pengguna yang memuatnaik tangkap layar tersebut kerana memudahkan kerja mereka untuk memboikot jenama yang menyokong Israel.

Menerusi pemerhatian The Vocket, difahamkan bahawa tangkap layar itu diambil daripada laman sesawang boycott.thewitness.news.

Laman sesawang tersebut mengumpulkan jenama-jenama yang menyokong Israel dengan menyalurkan dana atau menyumbang kepada negara haram tersebut.