Jika sebelum Mydin pernah berkolaborasi bersama syarikat Boost dalam menawarkan bayaran secara cashless seiring dengan perkembangan teknologi, pada kali ini Mydin dilihat mula memperkenalkan aplikasi eWallet tersendiri.

Mydin-eWallet
Sumber: Amanz

Berdasarkan perkongsian gambar yang dipamerkan, dapat dilihat Mydin eWallet memaparkan jumlah baki yang boleh dimasukkan ke aplikasi ini serta jumlah perbelanjaan beserta tarikh pembelian yang dibuat.

Penawaran eWallet ini pastinya bakal memudahkan pengguna yang sering ke rangkaian kedai ini untuk berbelanja. Setakat ini masih belum diketahui bilakah eWallet daripada Mydin ini bakal ditawarkan kepada orang ramai.

Sumber