Pizza Hut berdepan boikot besar-besaran daripada masyarakat seluruh dunia selepas rangkaian makanan segera itu dilaporkan menyokong negara Israel dengan memberi makanan percuma kepada tentera Zionis.

Pada 19 Januari, Pizza Hut Israel telah membuat siaran semula (repost) sebuah gambar di Instagram Stories daripada pengguna @alex_shults.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Gambar tersebut menunjukkan dua askar Israel tersenyum sambil memegang timbunan kotak pizza Pizza Hut.

Agensi berita Palestin termasuk Rangkaian Berita Quds mula berkongsi semula tangkapan layar gambar tersebut di Instagram dan X sehingga mencetuskan gerakan untuk memboikot daripada mereka yang menyokong Palestin.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa gerakan telah digerakkan bagi menggalakkan boikot besar-besaran terhadap jenama yang dianggap menyokong Israel, seperti Starbucks dan Mcdonald’s.

Sehingga kini Pizza Hut tidak memberi maklum balas secara terbuka kepada gerakan boikot tersebut atau apa-apa kenyataan yang menafikan bahawa bahawa piza yang diberikan kepada tentera tersebut.