Mendiang Glenn Fredly akan menghiburkan peminat setianya di Malaysia menerusi konsert hologram.

Ini bukanlah kali pertama artis Indonesia yang sudah meninggal dunia, menghiburkan peminat dengan teknologi hologram.

Dengan teknologi canggih terutama sekali AI, tiada apa yang mustahil pada hari ini. Antaranya, termasuk persembahan konsert oleh artis yang sudah meninggal dunia, dalam bentuk hologram.

Sebelum ini, pada tahun 2024 yang lalu, arwah Nike Ardilla juga sudah menghiburkan peminat dengan persembahan dengan teknologi hologram itu yang mendapat sambutan luar biasa di Indonesia.

Dalam konsert tersebut, hologram Nike Ardilla turut berinteraksi dengan peminat.

Glenn Fredly hiburkan peminat di Malaysia

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur, Glenn Fredly Holographic Performance: Live In Malaysia bakal berlangsung pada 18 Julai akan datang.

Menurut penganjur konsert, Ibram Putra, konsert ini adalah khas buat peminat mendiang Glenn yang menganggap karya mendiang tidak pernah mati, dan sentiasa menjadi peneman hidup mereka.

“Ini bukan hanya sebuah pertunjukan. Ini adalah ruang suci untuk mengenang, merenung, dan merayakan nilai-nilai yang Glenn tinggalkan.

glenn
Foto: Kapanlagi

“Inilah masa untuk kita meraikan cinta yang menyatukan, musik yang menyembuhkan, dan pesan damai yang abadi,” katanya kepada mStar.

Penganjur yang sama telah menganjurkan 25 Years of Music: Holographic Performance di Beach City InternaConal Stadium, Jakarta pada 2 tahun lalu, menganggap konsert tersebut satu kejayaan.

Lalu mereka kini mengorak langkah baharu untuk mengadakan konsert dengan konsep sama di Malaysia pula.

Menurut mStar, selain daripada persembahan hologram, mendiang Glenn – yang meninggal dunia kerana radang otak – konsert ini turut menampilkan isteri Glenn, iaitu Mutia Ayu, Ryan D’Masiv dan penampilan artis Malaysia, Noh Salleh dan Nadira Adnan.

noh
Sumber: TG Time

Mereka akan diiringi oleh band The Bakuucakar, yang merupakan band pengiring asal Glenn Fredly satu ketika dahulu.