Sebagai tanda sokongan kepada peminat dan pembuat motosikal kustom, glo™ bekerjasama dengan pembuat motosikal kustom terkemuka, Dewa Axe untuk membangunkan satu-satunya motosikal berdasarkan glo™ HYPER X2 Special Edition dan Royal Enfield Hunter 350.

glo™ akan mengedarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000, termasuk sebuah Royal Enfield Hunter 350 yang akan dikustom oleh pembuat motosikal kustom tersohor, Dewa Axe.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hadiah premium lain termasuklah helmet retro Bell Bullit, sarung tangan kulit Fuel Rodeo dan pelbagai cenderahati Hikari Riders.

Setiap pembelian peranti glo™ HYPER X2 akan melayakkan satu penyertaan, selagi pembelian dibuat dalam tempoh peraduan berlangsung. Pelanggan akan diberikan kod QR yang akan membawa mereka ke laman mikro di mana mereka perlu mengemukakan bukti pembelian dan jawab dua soalan mudah. Jika jawapannya betul, mereka akan layak untuk memenangi satu daripada hadiah yang disediakan.

Tempoh peraduan ialah dari 1 April 2023 hingga 31 Mei 2023.

Motosikal glo™ x Royal Enfield Hunter 350 akan dipertontonkan pada Jun 2023. Ikuti Instagram glo™ Malaysia untuk kemaskini lanjut.

Pelanggan perlu berumur 18 tahun ke atas untuk membeli peranti berkenaan dan untuk ikut serta dalam peraduan. Pemenang yang dipilih akan diumumkan pada Jun 2023.

glo™ HYPER X2 merupakan peranti pemanas tembakau (THP) terbaru di pasaran dan dikeluarkan oleh BAT Malaysia.

glo™ HYPER X2 menampilkan rekaan yang moden dan menawan, bersekali dengan Advanced Heat Technology yang membolehkan pengguna untuk membayangkan semula, memberi definisi baru serta mengendalikan pengalaman mereka.

Pada musim perayaan ini, glo™ juga melancarkan glo™ HYPER X2 edisi istimewa dalam gabungan warna emas dan putih, dengan harga RM88 seunit.

glo™ Hyper X2 Edisi Istimewa Emas dan Putih boleh didapati secara eksklusif di 7Eleven di sekitar Lembah Klang, dan dalam talian di laman rasmi glo™ di Shopee dan Lazada.